Terlajak laku - Ford Mustang Mach-E hampir habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu, Ford Mustang Mach-E ternyata merupakan percubaan berani Ford untuk merampas sebilangan besar pengguna kenderaan elektrik yang sebelum ini dikuasai oleh Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada forum rasmi Mach-E, pihak Oval Blue kini sudah pun menerima tempahan melebihi paras 40,000 unit atau 83 peratus daripada kapasiti produksi Mach-E sebanyak 50,000 unit itu untuk model tahun 2021.

Harus diingatkan, angka tempahan tersebut ternyata bukanlah jumlah sebenar yang boleh ditukarkan kepada angka jualan rasmi, memandangkan deposit bernilai $500 itu bersifat boleh dikembalikan kepada pembeli. 
 


Tambahan pula, Ford sendiri mengesahkan bahawa 4,000 unit terawal sudah pun ditempah untuk pameran di pusat pengedar, pembelian di kalangan staf serta unit yang diperlukan untuk ujian pelanggaran. 

Namun, pengenalan Ford Mustang Mach-E First Edition ternyata mengejutkan apabila Ford berjaya menjual kesemua unit First Edition dalam masa sembilan hari sahaja, walaupun tidak didedahkan angka rasmi model tersebut. 

Ford Mustang Mach-E hadir dengan dua opsyen pek bateri lithium-ion yang mampu menawarkan jarak standard dan jarak yang lebih jauh (standard range dan extended range) yang bergantung kepada konfigurasi pacuan (roda belakang atau semua roda). 

Spesifikasi Mustang Mach-E boleh dibaca menerusi pautan di bawah:

Ford Mustang Mach-E 2020

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Berita Global
Pada tahun 2022, Ford telah mengumumkan panggilan semula untuk EV Mustang Mach-E yang melibatkan…