Terlajak berani - geng basikal lajak ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, sekumpulan remaja geng basikal lajak ditahan polis di Jalan Pohon Batu Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu, Labuan semalam.

Mereka ditahan pada jam 12.20 tengah hari berdasarkan aduan orang awam yang mendakwa geng basikal tersebut menunjukkan aksi ngeri di kawasan tersebut. 

Ketua Polis Daerah WP Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya telah menjalankan risikan selama seminggu sebelum bertindak menahan kesemua 31 orang remaja terbabit. 

 


Pihak polis juga turut memanggil ibu bapa remaja yang terbabit untuk proses penyerahan anak masing-masing selepas proses saman dan dokumentasi dikeluarkan. 

Sejumlah 31 saman dikeluarkan mengikut kesalahan Peraturan 42 (1)(a) LN166gh/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959-042 (1)(a), termasuklah tindakan menyita basikal lajak untuk tindakan selanjutnya. 

“Kebanyakan remaja yang ditahan masih bersekolah dan polis akan memantau kawasan berkenaan untuk memastikan tiada lagi aktiviti merbahaya itu dilakukan di kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P. Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng…
Berita Domestik
  "Pertama, saya menghormati sistem kehakiman. Biar sistem kehakiman berjalan. Jadi tak elok…
Informasi
  Menurut Public Health Malaysia, basikal yang telah melalui pelbagai modifikasi itu sangat bahaya…