Bermakna, ia tidak akan muncul sebagai sebuah kereta produksi dalam masa terdekat.
Namun dalam satu perkembangan terbaharu, seorang eksekutif berpangkat tinggi Hyundai memberikan penjelasan mereka sebenarnya memandang serius masa depan kereta sports konsep tersebut.
Bercakap kepada laman Top Gear, ketua pegawai kreatif Hyundai Luc Donckerwolke berkata, "saya amat bencikan perniagaan yang menunjuk-nunjuk. Saya tidak mahu menghasilkan kereta pameran dan kemudian tiada apa-apa (langkah diambil).
"Kami amat serius tentang hal ini. Model (N Vision 74) mungkin akan diproduksikan. Kami mempunyai platform - ia sebuah platform sukan permotoran."
Jelasnya lagi, idea N Vision 74 ini datangnya daripada pengurusan tertinggi Hyundai.
"Ia satu perkara yang baik apabila pihak pengurusan memberitahu anda (untuk melakukannya).
Namun tidak seperti penghasilan mana-mana model produksi massa, Donckerwolke sebaliknya berkata model N Vision 74 ini mungkin akan muncul dalam bilangan yang terhad.
N Vision 74 merupakan sebuah kereta sports konsep bernadikan trenkuasa hidrogren hibrid, menggandingkan sistem elektrik bateri dan sel bahan api hidrogen yang dibantu dengan sistem penyejukan yang serba efektif.
Menurut Hyundai, sistem trenkuasa elektrik bateri itu menampilkan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 670 hp dan daya kilas 900 Nm yang mampu mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.
Sumber: Top Gear