Terkandas di pelantar minyak: Petronas pastikan keselamatan pekerja, bekalan mencukupi

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Petronas telah memperluas usaha yang diperlukan bagi memastikan keselamatan 155 pekerja di pelantar minyak Yetagun, perairan Myanmar yang terkandas sejak Isnin lalu.


Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Jabatan Perhubungan Media, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas pada petang Ahad.

 

"Berhubung laporan berita bahawa pekerja pelantar minyak terkandas di luar pantai Myanmar berikutan rampasan kuasa tentera di Myanmar, Petronas ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah berhubung dengan kontraktor bagi memastikan kesejahteraan pekerja mereka dan memastikan bekalan keperluan termasuk makanan, air dan bahan bakar mencukupi," jelas kenyataan itu.

 

"Sejumlah 36 pekerja lagi di bawah kontraktor dan dua pekerja Petronas telah dipindahkan ke hotel berdekatan dengan selamat untuk menjalani sesi rehat dan rawat, serta mengambil kira keperluan kuarantin COVID-19," jelas kenyataan itu.

 

Dalam pada itu, Petronas juga jelas kenyataan itu lagi sedang bekerjasama rapat dengan pihak kontraktor, Kedutaan Besar Malaysia di Myanmar dan Wisma Putra serta agensi berkaitan untuk menguruskan perkara itu.

 

"Keselamatan dan kesejahteraan pekerja kontraktor dan keluarga mereka adalah keutamaan kami," jelas kenyataan itu lagi.

 

Terdahulu, Mingguan Malaysia  telah melaporkan kira-kira 200 pekerja Petronas di pelantar minyak di Laut Andaman, perairan Myanmar terkandas  selepas rampasan kuasa berlaku di negara itu sejak Isnin lalu.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, oleh sebab itu tidak semua hasil syarikat minyak negara itu boleh digunakan sesuka hati…
Berita Domestik
"Sejak 2014 hingga 2015 lagi, sudah ada penerimaan hakikat bahawa Malaysia menjadi pengimport…
Berita Domestik
"Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara,” kata Anwar menerusi video taklimat ringkas pada…