Terima kasih Donald Trump - Nissan labur USD 170 juta untuk kilang Altima (Teana) baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekarang ini dunia berada dalam krisis perdagangan. Ini ekoran keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu menyemak semula perdagangan negaranya dengan negara lain.

Ini kerana beliau mendapati berlakunya perdagangan dua hala yang tidak seimbang terutama sekali apabila daya intelektual dan teknologi dipindahkan ke negara luar.

Apa yang Trump lakukan? Semak semula perdagangan dan kenakan cukai tambahan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Nissan invests $170 million in U.S. assembly plants to build all-new Altima.01

 

Selain itu terdapat juga isu tentang perdagangan bebas (free trade) dan perdagangan adil (fair trade) seperti yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir baru-baru ini.

Ini perkara yang harus direnungi dan dikaji untuk menjadi netizen bertanggung jawab.

Sementara Donald Trump begitu tegas tentang perdagangan dalam negara, tindakannya turut membuahkan hasil apabila pengeluar kenderaan asing seperti Toyota-Mazda dan terbaru Nissan mengumumkan pelaburan baharu.

Kebetulan atau tidak, pelaburan tersebut akan mendatangkan hasil kepada Amerika Syarikat.

 

Nissan Altima

 

Untuk menyokong pengeluaran Nissan Altima (Teana) baharu, Nissan North America telah mengumumkan pelaburan berjumlah AS 170 juta di kilangnya yang terletak di Smyrna, Tennessee dan Canton, Mississipi.

Pengumuman ini dibuat serentak dengan majlis sambutan bermulanya pengeluaran Altima generasi keenam di kilang Smyrna.

Satu perkara menarik ialah jumlah pelaburan Nissan untuk pengeluaran di AS termasuk yang baharu ini berjumlah AS 12 bilion.

Satu jumlah yang begitu besar.

 

Nissan Altima

 

Pelaburan baharu ini adalah untuk menaik taraf kilang pengeluaran Smyrna dan kilang pengeluaran Canton dengan teknologi pengeluaran terkini.

Di antara naik taraf yang dilakukan ialah kimpalan laser, kemudahan mengecat dan peralatan kalibrasi bagi menguji teknologi ProPILOT Assist.

Kilang Smyrna sebenarnya telah banyak berjasa kepada Amerika Syarikat. Kilang ini mula digunakan sejak 35 tahun lalu lagi. Nissan menggajikan sejumlah 8,400 pekerja dan telah mengeluarkan lebih daripada 13 juta kenderaan sejak tahun 1983. 

Pengeluaran Altima sahaja adalah sebanyak 4.6 juta daripada jumlah tersebut.

 

Nissan Altima

 

Kilang Smyrna sekarang ini menghasilkan enam buah model iaitu Altima, LEAF, Maxima, Pathfinder, Rogue dan INFINITI QX60.

Pada tahun 2017, kilang ini menghasilkan lebih daripada 628,000 buah kenderaan menjadikannya pusat pengeluaran kenderaan terbesar di Amerika Utara. 

Selain itu, Nissan Altima atau Teana ini nampak mengancam bukan? Bilakah ia bakal memasuki pasaran tempatan? Pasti menarik jika dilengkapi dengan kit NISMO!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Altima

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…