Terengganu - Lesen motosikal percuma untuk belia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Terengganu menyasarkan seramai 15,000 belia di negeri ini memohon lesen motosikal secara percuma menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2023 bermula April hingga Disember depan.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program LMST siri ketiga itu dibuka kepada belia di negeri ini berusia antara 16 hingga 40 tahun itu melibatkan peruntukan sebanyak RM4.65 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, permohonan lesen motosikal itu telah dibuka bermula pada 6 Mac hingga 20 Mac ini.

 

“Belia yang bekerja pendapatan di bawah RM1,500 sebulan layak memohon LMTS,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan boling Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) pada program Jalinan Mesra ‘Golek’ Santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO bersama media pada malam Isnin.

 

Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan membiayai semua proses mendapatkan lesen memandu termasuk daftar ujian komputer, latihan dan ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

Jelasnya, kos membiayai setiap seorang pemohon ialah RM310  seorang termasuk insurans. 

 

“LMTS siri pertama pada tahun 2019 melibatkan 25,000 penerima dengan kos RM6.85 juta manakala siri kedua tahun 2020/2021 memberi manfaat kepada 15,000 penerima melibatkan kos RM4.25 juta. 

 

Belia yang berminat mendapatkan lesen motosikal secara percuma boleh mengisi borang permohonan secara dalam talian di https://ibantuan.terengganu.gov.my. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…
Berita Domestik
Ujarnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan…
Informasi
Menurutnya, selepas perincian dimuktamadkan, ia akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Timbalan…