Terengganu kekal kelonggaran menjaja di persimpangan lampu isyarat

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan negeri Terengganu masih mengekalkan kelonggaran kepada peniaga untuk menjaja di persimpangan lampu isyarat di negeri ini.


Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, ia tidak bermaksud kerajaan negeri membiarkan aktiviti perniagaan itu dijalankan tanpa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kerajaan negeri masih mengekalkan kelonggaran berniaga di lampu isyarat, namun kita tidak akan berkompromi dan akan menyerahkan kepada PBT atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat aduan melibatkan faktor keselamatan.


"Setakat ini ada laporan diterima PBT berkaitan isu keselamatan melibatkan beberapa peniaga dan tindakan telah diambil ke atas mereka.

 

"Bagaimanapun, kita masih lagi memberi kelonggaran sementara kepada mereka untuk berniaga asalkan mereka mematuhi peraturan demi keselamatan diri dan orang ramai terutama pengguna jalan raya," katanya semalam.
 

 

Nurkhuzaini berkata, langkah kerajaan negeri itu diambil bagi memberi ruang kepada peniaga yang terkesan dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika ini.

 

"Kita memahami kesusahan dan kekangan dialami rakyat. Sebab itulah kerajaan akan lihat dari semasa ke semasa berhubung perkara ini. Buat masa ini kita tiada dasar lagi sama ada untuk menyekat atau menghalang mereka berniaga di lampu isyarat.

 

"Sebarang perkembangan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

 

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati aktiviti menjaja makanan di persimpangan lampu isyarat di Kuala Terengganu masih berjalan seperti biasa.


 

Penjaja biasanya akan aktif pada waktu tengah hari iaitu ketika pekerja di pejabat sedang rehat serta waktu petang ketika pulang ke rumah.
 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya…
Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…