Terbaru di pasaran - Mercedes-AMG E63 S 4Matic+

oleh SALINA JALIL|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan model terbaharu iaitu Mercedes-AMG E 63 S 4Matic+ sebentar tadi bagi meraikan ulangtahun yang ke 50 tahun dan pengakhiran perlumbaan F1 di Sepang hujung minggu ini.

mercedes AMG 1


Menurut pihak Mercedes-Benz, ini adalah model V8 yang terhebat di mana ia meningkatkan pretasi pemanduan ketahap yang optimum dan dengan rupabentuk yang menarik dan mantap berserta enjin V8 twin-turbo dari Affalterbak, ia disarankan model yang terbaik yang pernah dikeluarkan dengan harga RM998,888 tanpa insuran.

Mercedes AMG 3

 

Variasi ini didatangkan dengan reka bentuk bumper dan gril radiator baharu yang berbentuk  louvres berkembar beserta krom perak, struts hitam menegak yang mempunyai huruf AMG. Bahagian hadapan juga mempunyai tambahan "skirting" berbentuk seperti jalur sayap sebuah jet.

Bumper baharu ini juga lebih lebar 17 mm untuk memenuhi lebar trek yang lebih tinggi dan penggunaan roda yang lebih besar dan rupabentuk bonet baharu yang menyerupai bentuk "coupe".

mercedes AMG 2

 

mercedes AMG 4

 

Spesikasi Mercedes-AMG E 63 S 4Matic+ adalah seperti berikut:-

  • Enjin - 4.0 liter V8 dengan twin turbochargers dan direct injection menghasilkan 612 hp dan 850 Nm
  • Transmisi adalah AMG Speedshift MCT, sembilan kelajuan dengan pacuan sistem pemanduan kesemua roda kekal (permanent all wheel drive system)
  • Pecutan 0-100 kmsj dilakukan dalam 3.4 saat dan halaju maksimum adalah 250 kmsj
  • Purata penggunaan bahan api (petrol) adalah sebanyak lapan ke sembilan liter setiap 100 km (tertera di risalah)
  • Saiz tayar adalah 265/35 ZR 20 (hadapan) dan 295/30 ZR 20 (belakang) dengan rim aloi 20 inci
  • Empat gaya pemanduan iaitu "Comfort" (selesa), "Sporty" (sporti), "Sport Plus" dan "Individual" 
  • Untuk ruang dalaman kabin pula dilengkapi dengan:-
  • Kemasan dalaman dari kulit Nappa di setiap panel dalaman dan bahagian tempat duduk

     *Infomasi lanjut berkenaan bahagian dalaman tidak dinyatakan kecuali kenyataan di atas.

mercedes AMG 5

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…