Terbangkan dron di kawasan mahkamah, wartawan Sin Chew Daily ditahan polis

oleh SALINA JALIL|
Seorang wartawan Sin Chew Daily ditahan hari ini, kerana menerbangkan dron di Mahkamah Seksyen di , manakala alatan miliknya itu dirampas.


Difahamkan, wartawan itu ditahan kerana menerbangkan dron secara haram untuk merakam gambar dan video orang ramai yang berkumpul di luar mahkamah sebelum ketibaan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bagi menghadapi satu lagi pertuduhan rasuah berkaitan terowong dasar laut dan projek jalan-jalan utama di negeri ini.
Modenas

 

Polis menahan wartawan itu kira-kira 9.15 pagi dan memeriksa keretanya sebelum membawanya ke Balai Polis Butterworth untuk dirakam keterangan. Dia dibebaskan dengan amaran pada 11 pagi.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata orang awam tidak dibenarkan menerbangkan dron di sekitar bangunan kerajaan.

 

"Kami ingin memberi amaran kepada semua termasuk pengamal media agar tidak menerbangkan dron di sekitar kompleks kerajaan.

 

"Ia menyalahi undang-undang dan kami akan mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi.

 

Terdahulu di mahkamah berkenaan, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu sebuah syarikat mendapatkan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.

 

 

 

BERNAMA

Add new comment