Terbalikkan Myvi, tujuh lelaki mengaku bersalah

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: Twitter Bernama
Tujuh lelaki yang terlibat melakukan khianat merosakkan dan menterbalikkan Perodua Myvi di Taman Kosa Masai Khamis lalu hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Johor Bahru, menurut laporan Harian Metro.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Tertuduh Mohamad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrisson Malvin Mada, 19; Shaikh Al Amin Idrus, 21; Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19; Daniel Haziq Syikhanna, 21; Romie Rahimi, 41 dan Muhammad Adam Abd Rahim, 18 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Dalam kes yang berlaku pada Khamis lalu, semua lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan cara menumbuk, menendang, menghentak menggunakan topi keledar, membaling batu dan menterbalikkan kereta itu secara beramai-ramai di persimpangan stesen minyak Petronas Kota Masai 2. 

Kerugian dianggarkan bernilai RM15,000. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Kesemua tujuh lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hujuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Dalam laporan Harian Metro itu lagi, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie memaklumkan mahkamah bahawa kesalahan di bawah seksyen itu tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jumlah jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan jaminan.

Semua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon supaya jumlah jaminan dicadangkan pendakwaan itu dikurangkan dengan alasan masing-masing hanya berpendapatan antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

Selain empat tertuduh yang bekerja sebagai penghantar makanan p-hailing, dua lagi tertuduh bekerja sebagai pekerja membaiki mesin basuh dan televisyen serta menjual topi, manakala seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi fakta dan hukuman pada 18 Disember depan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pasukan yang sama menyertai Sepang 1000KM (S1K) tahun lepas kini tampil dengan nama baharu, iaitu…
Berita Domestik
Sedan Perodua Bezza masih lagi merupakan model terlaris di mana sebanyak 40,555 unit telah terjual…
Informasi
  "Pemandu Perodua Myvi itu hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya…