Terbabas selepas langgar lopak air, pemandu maut

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu jentera berat maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas selepas dipercayai melanggar lopak air di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Simpang Chini, Pekan pada hari Rabu lalu.

 

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohamad Shaiful Nizam Ismail, 36, dalam perjalanan menghala ke Kertih, Terengganu.

 

“Berdasarkan siasatan awal, kenderaan yang dipandu mangsa dikatakan terlanggar lopak air yang dipercayai berpunca daripada saluran paip pecah sebelum terbabas.

 

“Kenderaan itu yang dipercayai hilang kawalan telah berpusing dan terbabas, kemudiannya terbalik ke kanan jalan,”katanya lagi.

 

Menurut Mohd Zaidi, mangsa yang tercampak keluar daripada kenderaan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

 

 

- Salam takziah kepada keluarga arwah -

 

 

– K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, polis belum menahan lelaki berusia 31 tahun terbabit untuk membantu siasatan kerana…
Berita Domestik
"Bagi tangkapan sebelum ini, (suspek) diberikan jaminan polis (selepas selesai tempoh reman). "…
Berita Domestik
Menurutnya, kereta terbabit dipandu secara laju dan melulu bersama sebuah lagi Mercedes Benz A250…