Berlaku di China, kereta yang dipandu lelaki yang dikenali dengan nama Zhang itu hilang kawalan dan terjunam ke dalam sungai selepas 10 minit beliau lulus ujian memandu.
Pemandu baharu itu dikatakan leka membaca mesej ucapan tahniah daripada rakannya menerusi peranti pintar sebelum didapati hilang kawalan di Laoping Bridge.
Zhang berjaya meloloskan diri dengan membuka pintu sebelah penumpang secara paksaan, dan nasib beliau amat baik apabila orang awam turut berhenti dan membantu beliau memberikan pakaian yang kering.
Pihak polis juga turut membantu menaikkan kenderaan pemandu malang itu keluar dari sungai.
Sumber: The Star