Terbabas dan jatuh dari tebing setinggi lima meter, pemandu cedera

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki cedera parah akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjatuh dari tebing setinggi lima meter berhampiran kawasan perindustrian Kulim Hi Tech, di Kulim tengah malam tadi.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.46 tengah malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech dengan kekuatan enam anggota ke tempat kejadian.

 

"Setibanya di lokasi didapati kereta terbabit terjatuh pada ketinggian lima meter di lokasi kejadian dan terdapat seorang mangsa berusia 30-an tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

 

"Mangsa yang cedera parah berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, penumpang bahagian hadapan kereta itu hanya mengalami cedera ringan,," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…