Tentera Udara US bangunkan jet pejuang yang memiliki kecerdasan buatan (AI)

oleh Mohamad Hanif|
Khidmat juruterbang manusia pada ketika ini nampaknya bakal berhadapan masalah dengan saingan daripada juruterbang yang memiliki kecerdasan buatan yang sedang dibangunkan menjelang Julai 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini dibangkitkan oleh para pengkaji di United States Air Force di mana mereka sedang membangunkan pesawat autonomi yang dilengkapi dengan ciri kecerdasan buatan yang mampu bersaing dengan jet pejuang yang dikendalikan oleh juruterbang manusia.

Menurut Lt. Gen. Jack Shanahan, ketua unit Joint Artificial Intelligence Centre di Pentagon mengesahkan penyelidikan ini bakal meletakkan aras baharu kepada ketumbukan tentera udara dalam menjadikan unit jet pejuang lebih digeruni.

Projek ini pada asalnya dilancarkan pada tahun 2018 di mana menurut ketua unit penyelidikan Steve Rogers mahu mencipta satu program latihan berbentuk pertempuran udara kepada para juruterbang jet pejuang yang menyerupai keadaan sebenar.

Berdasarkan laporan daripada Inside Defense pada Mei 2018, teknologi pembelajaran mesin ini asalnya akan dilengkapkan pada jet pejuang yang kurang berteknologi seperti F-16 sebelum ia diperluaskan kepada jet-jet pejuang yang lebih moden seperti F-35 atau F-22.

Jack Shanahan walaubagaimanapun memberikan amaran tidak semua teknologi futuristik berakhir dengan kejayaan, dan pihak tentera sewajarnya mengambil iktibar daripada cerita pemanduan autonomi di dalam industri automotif.

"Oleh sebab itu, tiada sebarang kenderaan yang memiliki tahap pemanduan keempat, atau autonomi sepenuhnya di atas jalan setakat ini," ujar beliau.

Sumber: Air Force Mag

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak diketahui punca sebenar kenapa juruterbang itu terpaksa menggunakan kerusi anjal. Namun yang…
Berita Domestik
Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif KAI  Kang Goo-Young berkata varian FA-50 Block 20…
Berita Global
  Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, nombor 3 dalam barisan penggantian…