Tentera Darat tamatkan perkhidmatan RPZ Condor 4x4, Sibmas ARV 6x6 selepas 42 tahun berjasa

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Wikipedia
Setelah 42 tahun berjasa kepada negara, Pasukan Tentera Darat Malaysia akhirnya menamatkan perkhidmatan kenderaan perisai jenis Radpanzer Condor (RPZ Condor) 4x4 dan Sibmas Armoured Recovery Vehicle (Sibmas ARV) 6x6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Upacara perbarisan sempena status usang kedua-dua kenderaan perisai itu dilaksanakan oleh Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD) yang diketuai Pemangku Pegawai Memerintah 4 KAD, Mej Ahmad Faisal Muda turut disertai oleh 20 pegawai dan 50 Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) serta krew KJA.

Perbarisan ini merupakan simbolik kepada termeterainya status Obsolete bagi KP RPZ Condor 4x4 dan Sibmas ARV 6x6 yang telah memasuki perkhidmatan Tentera Darat pada tahun 1981 kini telah pun berusia 42 tahun dan telah ditamatkan perkhidmatannya.
 

Condor


Turut diadakan demonstrasi penggunaan KP Sibmas AVR 8x8 sebagai sesi pendedahan terakhir kepada anggota 34 Wksp Armor di Garaj Kenderaan Jenis A (KJA).

RPZ Condor pernah terlibat di dalam operasi menyelamat Pertempuran Mogadishu di Somalia pada tahun 1993.

Salah sebuah kenderaan ini telah diserang oleh peluru Rocket Propelled Grenade (RPG) menyebabkan seorang anggota tentera Malaysia terbunuh.

Sebanyak 46 buah KP RPZ Condor  turut digunakan bagi tugas-tugas rondaan di Selatan Lubnan oleh pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersama (PBB) United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

 


Sumber: FB Divisyen Pertama Infrantri Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Berita Domestik
Unit kenderaan berwarna hijau itu merupakan Dongfeng EQ2050 (dikenali sebagai Humvee versi China)…
Berita Domestik
Majlis Penyerahan Motosikal Scrambler 250cc itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral…