Tentera Darat Malaysia Terima 136 Kenderaan Perisai Tarantula Mulai 2027

oleh Qalif Latif|
Menurut laporan dari The Star, Tentera Darat Malaysia bakal menerima 136 unit kenderaan perisai Tarantula High Mobility Armoured Vehicle (HMAV 4×4) buatan tempatan bermula 2027.

MILDEF

Pengarah Urusan MILDEF International Technologies Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, penghantaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun dengan 30 unit pertama dijangka tiba awal 2027 dan 30 lagi menjelang akhir tahun yang sama.

Kontrak penyerahan terbahagi kepada beberapa fasa berperingkat selama 5 tahun.

Tarantula yang diperkenalkan pada 2021 selepas empat tahun R&D berharga RM16 juta dipacu enjin diesel turbo Caterpillar 7.2 liter 330 hp dengan kelajuan maksimum 110 km/j. Ia dibina mengikut standard perlindungan NATO STANAG 4569 Level 2 dan dilengkapi remote control weapon station (RCWS), sistem kawalan tekanan tayar automatik, pintu belakang hidraulik serta komunikasi canggih.

MILDEF

Selain projek ini, MILDEF juga menyertai tender PBB untuk 50 unit High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV)atau Ribat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dijadual hadir merasmikan fasiliti pembuatan kenderaan perisai MILDEF di Sendayan, Negeri Sembilan pada 23 Ogos 2025.

(Sumber: The Star)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Denda RM162.75 Juta Tidak Dikutip: Pembekalan GEMPITA Lewat Sehingga 2 Tahun 15 Hari Isu utama…
Tekno Careta
Bagi memastikan keberkesanan dan kesiapsiagaan aset ini, pada 25 Mac 2024, Kementerian Pertahanan…
Berita Domestik
Tempoh akhir bagi kontrak berkenaan adalah pada 30 Oktober ini dan berkemungkinan dibatalkan.…