Tengku Zafrul dipertontonkan prototaip Daihatsu Mira EV semasa lawatan di kilang Daihatsu, Kyoto

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini berkesempatan melawat kilang Daihatsu Motor Co. Ltd. (DMC) di Kyoto selepas menghadiri mesyuarat dengan pembekal komponen kenderaan D-ACT di Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut hantaran Facebook beliau, lawatan ke kilang Daihatsu itu bertujuan untuk melihat kilang Daihatsu yang direka berasaskan agenda ESG.

 

2

 

Lawatan itu juga bagi mendalami pelan pelaburan jangka panjang DMC di Malaysia terutamanya untuk kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Melalui gambar yang dikongsikan oleh Tengku Zafrul, beliau dilihat berpeluang melihat dan menaiki model prototaip EV yang dipercayai merupakan sebuah asas dari model Daihatsu Mira e:S generasi kedua.

 

3

 

Setakat ini, maklumat mengenai spesifikasi Mira EV itu masih belum didedahkan, namun ianya menjadi persoalan sama ada ia bakal menjadi platform EV yang akan digunakan oleh Perodua.

Pada bulan Mei bertempat di acara pameran Malaysia Autoshow 2023, Perodua telah mendedahkan konsep bagi model EV pertama mereka, iaitu Electric Motion Online (EMO).

 

4

 

Namun, kehadiran model EV pertama dari Perodua itu dijangka hadir sekitar tahun 2035, dimana Perodua akan memfokuskan dahulu pengenalan model hibrid.

Presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dilaporkan berkata bahawa Perodua telah bersedia untuk menerokai potensi bagi kerjasama strategik dengan pembekal dan vendor tempatan termasuk dalam menghasilkan komponen EV.