Tengku Djan Ley kini Duta jenama Toyo Tires

oleh Mohamad Hanif|
Toyo Tyre Sales & Marketing Malaysia mengalu-alukan pelantikan Tengku Djan Ley, ikon sukan permotoran Malaysia sebagai Duta Jenama Toyo Tires 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerjasama antara Tengku Djan Ley dan Toyo Tires adalah strategi utama dalam mengukuhkan posisi Toyo Tires di Malaysia sebagai salah satu jenama pasaran yang dipercayai di seluruh Asia Tenggara.

Pemilihan Tengku Djan turut selaras dengan reputasi beliau sebagai 'Drift King' Malaysia, penglibatan di dalam Sepang 1000 km, D1 Grand Prix 'All-Star' World Championship, Formula Drift Asia dan Toyota Gazoo Racing Festival yang turut ditaja oleh Toyo Tires.

Menurut Masaomi Kono, Naib Presiden Toyo Tyre Sales & Marketing Malaysia Sdn Bhd berkata, "kami mengalu-alukan Duta Jenama Toyo Tires baru, Tengku Djan. Kejayaannya di dalam sukan permotoran, serta kebolehan teknikal beliau amat sesuai dengan semangat Toyo Tires, oleh itu kami berharap dapat menjalankan kerjasama erat bersamanya pada masa akan datang.

"Saya bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan oleh Toyo Tires dalam memilih saya sebagai Duta Jenama Toyo Tires," kata Tengku Djan.
 


"Kebolehan syarikat ini untuk menghasilkan tayar berprestasi tinggi di atas litar, serta jalan raya amat saya kenali. Sebab inilah saya berasa teruja untuk bekerjasama dengan lebih rapat bersama Toyo Tires kerana semua orang harus mengetahui tentang produk keluaran Toyo Tires yang meliputi hampir segala keperluan permotoran Malaysia kini," tambah beliau lagi.

Toyo Tires akan memberi sokongan penuh kepada Tengku Djan yang akan memulakan aktiviti perlumbaan beliau dalam siri Toyota Gazoo Racing Festival, dan siri GT World Challenge Asia.

Dalam masa  yang sama, Tengku Djan juga akan melibatkan diri dalam beberapa projek yang akan dilancarkan secara eksklusif di rangkaian media sosial Toyo Tires khas untuk para peminat.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/ToyoTyreMY
Instagram: https://www.instagram.com/toyotyremalaysia
Toyo Tires Fan Club: https://www.toyotires-myfanclub.com/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…
Sukan Bermotor
Musim ketiga perlumbaan Vios Challenge menyaksikan Tengku Djan Ley dinobatkan sebagai juaran…