Tender kenderaan Menteri - keutamaan diberikan kepada kereta Proton

oleh Mohamad Hanif|
SPANCO Sdn. Bhd (SPANCO) telah pun menguruskan konsesi fleet kenderaan kerajaan Malaysia semenjak 30 Oktober 1993 dan tamat pada 31 Disember 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menguruskan fleet kenderaan kerajaan pada masa hadapan, kerajaan telah memutuskan supaya syarikat konsesi dipilih berdasarkan Request For Proposal (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka. 

Ini bermakna, pemberian tender secara terus atau tender terhad tidak lagi diamalkan. 

Sehingga kini, sebanyak lapan buah syarikat telah mengemukakan permohonan RFP yang sedang dinilai menerusi beberapa peringkat termasuklah penilaian teknikal dan komersil.

Jawatankuasa penilaian tender pula dianggotai oleh penjawat awam kanan daripada pelbagai agensi terlibat seperti:

  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Unit Perancang Ekonomi (kini dikenali sebagai Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi)
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
  • Kementerian Kewangan

Menariknya, keutamaan akan tetap diberikan kepada kenderaan jenama Proton dan bukannya Toyota Vellfire untuk kegunaan Menteri dan Timbalan Menteri seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut siaran media tersebut, pihak kerajaan akan meneliti cadangan dari lapan syarikat secara…