Tenaga kerja Shell Malaysia dikurangkan dua peratus

oleh SALINA JALIL|
Shell Malaysia akan mengurangkan dua peratus tenaga kerjanya secara berperingkat dalam tempoh dua tahun sebagai sebahagian usaha penyusunan semula organisasi itu.


Gergasi minyak dan gas itu berkata, tenaga kerja dari perniagaan huluan adalah yang paling ramai akan dikurangkan iaitu antara 250 hingga 300 pekerja ketika ia menyasar menambah baik kecekapan operasinya untuk berdepan landskap perniagaan yang mencabar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Shell secara global, Shell Malaysia akan melaksanakan perubahan untuk memastikan syarikat berkembang maju melalui peralihan tenaga dan menjadi organisasi yang lebih ringkas.

 

"Penyusunan semula ini memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan untuk menjadi organisasi yang lebih efisien, kompetitif dan kolaboratif dalam lanskap yang mencabar hari ini.

 

"Shell Malaysia akan melihat pertumbuhan pekerjaan di bidang tertentu dalam perniagaannya di seluruh negara serta pengurangan pekerjaan di bidang lain, dengan kesan terbesar yang dirasai dalam perniagaan huluan, pengurangan antara 250 ke 300 pekerja.

 

"Bagaimanapun, ketika perniagaan lain di Malaysia bersedia untuk berkembang, pengurangan keseluruhan pekerjaan di Shell Malaysia dijangkakan sekitar dua peratus. Pengurangan ini akan berlaku secara berperingkat selama dua tahun," katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo, berkata Malaysia adalah sebuah negara yang amat penting buat kumpulan Shell.

 

Katanya, unit Eksplorasi & Pengeluaran Huluan terus menjadi perniagaan penting bagi Shell, manakala perniagaan huluan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada sembilan Unit Prestasi Teras Shell di seluruh dunia.

 

"Perubahan organisasi yang sedang kami laksanakan ini amat penting buat perniagaan untuk mengurangkan kerumitan, mendorong hubungan akhir ke akhir yang lebih kukuh untuk memudahkan aset dan usaha memberi tumpuan kepada penyampaian," katanya.

 

Lo berkata, sebagai sebahagian daripada dorongannya untuk meningkatkan kecekapan dan kerjasama, kebanyakan pekerja Shell Malaysia Upstream akan dipindahkan semula ke pejabat prinsipal di Miri, Sarawak.

 

Katanya, penyatuan pejabat ini akan membolehkan cara kerja yang baharu dan lebih baik dilaksanakan.

 

"Shell Malaysia akan terus mengekalkan pejabatnya di Kota Kinabalu untuk perniagaan hiliran dan sokongan huluan. Tiada perubahan untuk operasi perairan laut dalam Shell di Sabah.

 

"Menara Shell di Kuala Lumpur akan terus menjadi pejabat Shell Malaysia Downstream dan entiti korporat.

 

"Pusat operasi perniagaan Shell akan diteruskan di Wisma Shell di Cyberjaya," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  "Kami telah mula mengurangkan jumlah pekerja kira-kira 10 peratus termasuk melalui pemberhentian…
Berita Domestik
Pemain-pemain industri juga secara umumnya berpendapat lebih dari 4,000 pengedar kenderaan terpakai…