Temui Leona Chin dan Hiroshi Masuoka pada acara Mitsubishi 4Sure Thrill hujung minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ingin merasai sendiri pengalaman pemanduan berkelajuan tinggi dan keupayaan off-road Triton serba baharu?

Usah lepaskan peluang keemasan pada hujung minggu ini kerana Mitsubishi Motors Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia membawakan kepada anda acara Mitsubishi 4Sure Thrill. 

Antara daya penarik yang dibawakan sudah tentu juara Dakar Rally dua kali, Hiroshi Masuoka dari Jepun dan atlit  wanita sukan permotoran Malaysia, tidak lain dan tidak bukan Leona Chin!

Acara ini akan berlangsung bertempat di Setia City Convention Centre pada 9-10 Mac ini, di petak parkir luar bermula 10 pagi sehingga 8 malam, dan kemasukan adalah percuma. 

Pada acara ini, Hiroshi Masuoka dan Leona Chin akan membuat pertunjukan skill pemanduan berkelajuan tinggi bagi memperlihatkan kepada umum keupayaan sebenar Mitsubishi Triton baharu. 

Mitsubishi Triton mengadaptasi empat tunjang utama iaitu 4Sure Power; 4Sure Control; 4Sure Agility dan 4Sure Safety dalam memberikan sebuah produk yang mempunyai standard yang tinggi kepada para pelanggan. 
 


Selaku pemandu Jepun kedua di dalam sejarah memenangi acara Dakar Rally pada 2002 menggunakan jentera Pajero/Montero, Masuoka mengulangi sejarah tersebut dengan kemenangan kedua pada tahun berikutnya. 

Sehingga kini, Mitsubishi Motors merupakan pasukan paling berjaya di dalam sejarah Dakar Rally, dengan kemenangan berjumlah 12 kali di dalam World's Toughest Race itu. 

Leona Chin pula menceburkan diri di dalam sukan permotoran sejak berusia 20 tahun dan lebih manja digelar sebagai girl drifter

Antara pencapaian terkini beliau ialah menerima anugerah Most Promising Female Motorsports Athlete (Asia Automotive Awards 2019) dan anugerah Most Inspiring Female Motorsports Athelete ketika majlis penganugerahan PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM). 
 


Antara perkara menarik menanti para pengunjung termasuklah:

  • sesi pandu uji Mitsubishi Triton pada tiga laluan termasuklah trek off-road
  • kopi Starbucks percuma bagi 100 peserta pertama yang melengkapkan tiga laluan pandu uji
  • beg edisi terhad Thule Subterra Luggage bernilai RM2,000 untuk 1,000 pelanggan Triton pertama
  • baucer petrol bernilai RM30 untuk 30 pelanggan pertama yang menempah mana-mana model Mitsubishi
  • payung eksklusif Ralliart untuk pelanggan baharu
  • hadiah baucer petrol bernilai RM800, kad Touch n' Go bernilai RM500 dan baucer Tesco RM300 untuk para pemenang peraduan gambar/video 4Sure Thrill.
  • hadiah cabutan bertuah bernilai RM5,000 untuk dimenangi

Dapatkan semua ini, hanya di acara Mitsubishi 4Sure Thrill pada hujung minggu ini di Setia City Convention Centre. 

Baca: Mitsubishi Triton dilancarkan secara rasmi

Baca: Pandu Uji Mitsubishi Triton di Sabah

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…