Tempoh menunggu Porsche Taycan kini mencecah enam bulan

oleh Mohamad Hanif|
Porsche Taycan, walaupun ia merupakan kereta elektrik pertama yang dijual oleh Porsche dan bukan dihasilkan untuk golongan kebanyakan, Porsche nampaknya tidak menghadapi masalah untuk menjualnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kecuali satu  - permintaan terlalu memberangsangkan.

Menurut laporan daripada Reuters, ketua eksekutif Porsche Oliver Blume menjelaskan, disebabkan permintaan terhadap Taycan kekal kukuh, tempoh menunggu kini sudah mencecah sehingga enam bulan.

"Perancangan produksi asal kami untuk Taycan hanyalah sekitar 20,000 unit per tahun, namun angka tersebut telah pun diperuntukkan untuk tempoh enam bulan. Tempahan yang masuk juga sangat banyak," ujar beliau kepada Reuters.

Tambah beliau, masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor juga turut menyumbang kepada penambahan tempoh menunggu bagi model baharu Taycan.

Setakat ini, Porsche sudah mempunyai dua model EV - Taycan dan juga Taycan Cross Turismo - di mana pada masa akan datang Porsche merancang untuk memperkenalkan Macan EV yang akan dijual bersama-sama model berenjin pembakaran dalaman.  

Porsche juga dilaporkan akan menghasilkan sedan elektrik kompak bagi memberikan saingan kepada BMW i4 dan Tesla Model 3, menggunakan platform PPE dan berkongsi komponen termasuklah pek bateri dan unit kuasa dengan model Audi A4 e-tron.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Sudah lebih tiga tahun, kini sebanyak 100,000 unit Porsche Taycan telah berjaya disempurnakan…
Berita Global
Benua Eropah mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus, dengan 42,204 unit kenderaan telah…