Tempoh menunggu Lexus LX kini cecah empat tahun

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, para pembeli model SUV off-road mewah Lexus LX terpaksa menanti tempoh yang sama dialami oleh pelanggan Toyota yang telah menempah model Land Cruiser generasi baharu sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Automotive News, Lexus dikatakan telah menutup buku tempahan bagi model LX (Land Cruiser versi mewah) pada bulan ini dibimbangi kenderaan yang ditempah pada hari ini mungkin tidak sempat diedarkan sebelum mereka memperkenalkan kemaskini terhadap model tersebut.

Selain LX, Lexus juga turut menghentikan tempahan terhadap model NX generasi baharu atas sebab yang sama, di mana tempoh menunggu kini mampu mencecah lebih satu tahun.

Dalam satu kenyataan memohon maaf di laman web rasmi, Lexus menjelaskan, "LX sangat popular bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia, dan kami telah menerima angka tempahan yang jauh melebihi jumlah kapasiti produksi kami.
 

Land Cruiser


Awal tahun yang lalu, Toyota telah menutup tempahan bagi model Land Cruiser 300 Series dan menjelaskan tempoh menunggu untuk model tersebut sudah mencecah empat tahun.

Permintaan terhadap kenderaan utiliti popular itu jauh mengatasi keupayaan Toyota untuk menghasilkan model tersebut tatkala pengeluar Jepun itu sedang bergelut dengan gangguan rantaian bekalan.

Bermula 1 April, Toyota telah kehilangan angka produksi sebanyak 400,000 unit untuk tahun fiskal disebabkan oleh masalah kekurangan cip semikonduktor dan pandemik.

Terbaharu, Toyota mengurangkan rancangan pengeluaran global sebanyak 50,000 unit kepada 800,000 unit sahaja.

Sumber: Automotive News

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “kami…
Berita Global
Malah, sambutan terhadap model terbaharu Ferrari itu terlalu menggalakkan sehinggakan tempoh…
Berita Global
Lamborghini seperti contoh, berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 7,430 unit kenderaan untuk…