Tempoh menunggu Land Cruiser sampai empat tahun, Toyota mohon maaf

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Land Cruiser 300 Series (generasi baharu) ternyata sangat popular sehinggakan ada di antara pembeli yang terpaksa menempuh tempoh menunggu yang sangat lama.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga empat tahun semata-mata untuk menantikan kehadiran SUV off-road tersebut di dalam garaj mereka.

Berdasarkan laporan terbaharu, pengeluar Jepun tersebut kini mengakui populariti yang diterima oleh Land Cruiser 300 Series dan mereka turut membuat permohonan maaf di laman web atas kelewatan yang terpaksa ditanggung oleh pembeli.

 

Toyota


Malah, Toyota mengesahkan bahawa tempoh menunggu kini adalah selama empat tahun sekiranya tempahan dibuat sekarang, namun Toyota akan cuba sedaya upaya untuk memendekkan tempoh menunggu tersebut.

Selepas dilancarkan di Jepun, Toyota berjaya mencatatkan jumlah tempahan melebihi 20,000 unit di mana 90 peratus daripada pembeli memilih varian ZX serta varian GR Sport.

Toyota juga turut dilaporkan mengenakan beberapa syarat kepada para pembeli bagi mengelakkan sebarang penipuan, atau penjualan semula model tersebut dengan harga yang lebih tinggi untuk tempoh setahun selepas pembelian.

Sama seperti pengeluar lain, Toyota juga kini turut terjejas dengan krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor, sehingga terpaksa menghentikan sementara pemasangan model tersebut pada bulan Ogos dan September tahun lalu.

 

Berita Berkenaan

Informasi
“Alhamdulillah dari 1 Jun sampai sekarang kami akan lanjut (fasa POC) 31 Ogos ini, kita telah…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “kami…
Berita Global
Malah, sambutan terhadap model terbaharu Ferrari itu terlalu menggalakkan sehinggakan tempoh…