Untuk para peminat nadi V8, anda boleh cuba mendapatkan tempat meletak pen berbentuk blok enjin LS3 daripada kempen Kickstarter oleh Grant Takara.

Tempat meletak pen tersebut berukuran 93 mm panjang, 80 mm lebar dan 59 mm tinggi yang dibina daripada bahan aluminium menggunakan teknik permesinan CNC.
Unutk memuatkan pelbagai jenis saiz pen yang ada di pasaran, Takara menawarkan alas silinder Acetal dalam tiga diameter yang berbeza, serta kaki getah bagi melindungi meja daripada sebarang calar.

Takara turut menawarkan dua kemasan yang berbeza, di mana salah satu daripadanya dihasilkan khas bagi menunjukkan tekstur enjin V8 sebenar yang biasa dilihat pada kereta-kereta muscle.
Sumber: Kickstarter