Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan oleh kehadiran bunyi berdecit atau berdetar dari kerangka tempat duduk pemandu hadapan.
Menurut info yang diperoleh daripada forum Civic XI, pemasangan kerangka kusyen tempat duduk pemandu berkemungkinan besar mempunyai titik kimpalan yang tidak sempurna, di mana ia mampu memberikan kesan kepada keberkesanan tali pinggang keledar dan meningkatkan risiko kecederaan.

Menurut aduan daripada para pengguna forum tersebut, kebanyakan pemilik mula mengesan kehadiran bunyi decitan dan detaran di dalam Civic Type R FL5 mereka sejak November lalu, tidak lama selepas penghantaran dibuat.
Honda setakat ini tidak mendedahkan bilangan Civic Type R yang terjejas akibat masalah ini, dan lebih memburukkan keadaan tiada sebarang alat ganti yang tersedia buat masa ini.
Para pemilik Civic Type R FL5 dijangka akan dihubungi sendiri oleh pengeluar itu menjelang pertengahan Mei 2023.

Untuk makluman, Honda Civic Type R generasi baharu ini tidak lagi dipasang di kilang Swindon, UK, sebaliknya pemasangan dibuat sepenuhnya di kilang Honda di Jepun.
Disebabkan kapasiti pengeluaran Civic Type R di kilang Saitama hanyalah sekitar 400 unit sahaja untuk tempoh sebulan, pembeli di tanah air Honda sendiri perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan!
Sumber: Autoblog, Forum Civic XI