Tempat duduk kenderaan Recaro juga terdapat dalam versi kanak-kanak

oleh SALINA JALIL|
Bila kita bercerita mengenai tempat duduk kenderaan, tidak ada jenama yang setanding dengan Recaro.


Dengan pengalaman lebih dari 110 tahun, Recaro menghasilkan produk-produk yang bukan hanya menawarkan keselesaan, tetapi tahap keselamatan yang terbaik untuk segala varian produknya.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ini dibuktikan dengan jelas untuk produk Recaro di dalam kategori kerusi keselamatan kanak-kanak di mana ia menggunakan segala ilmu dan pengalamaan yang ada untuk memastikan anak-anak anda dalam keadaan yang paling selamat bila berada di dalam kenderaan.

 

Recaro Kids adalah pilihan yang terbaik untuk keluarga anda kerana ia mempunyai varian-varian kerusi keselamatan kanak-kanak yang menawarkan keselamatan, kualiti, ergonomik dan sarat dengan fungsi-fungsi praktikal.

 

Recaro Kids juga ada pilihan untuk menepati penggunaan kanak-kanak dari seawal peringkat bayi baru lahir hingga kepada yang berusia 12 tahun.

 

Kerusi keselamatan kanak-kanak mungkin mampu memuatkan bayi atau anak-anak yang sedang membesar tetapi bila usia mereka mula meningkat dan mereka tidak lagi muat untuk kerusi keselamatan kanak-kanak, tubuh badan fizikal mereka pula masih terlalu kecil untuk menggunakan tali pinggang keledar standard kenderaan itu sendiri. 

 

recaro safety

 

 

Masalah ini boleh ditangani dengan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak "booster". Malah menurut kajian pakar, kanak-kanak sepatutnya menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak booster sehingga mereka sekurang-kurangnya 145 sm tinggi.

 

Kerajaan juga mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sehingga mereka mencecah ketinggian 135 sm. Ini bukan untuk menyusahkan ibubapa tetapi lebih untuk memastikan risiko kecederaan serius pada bahagian abdomen, kepala dan tulang belakang anak-anak ini dikurangkan sekiranya berlaku kemalangan.

 

 

Dari hasil kajian dan pengalaman Recaro, ketiga-tiga model di bawah ini adalah produk yang berbaloi untuk kita fikirkan:

 

recaro 3 types

 

 

1.    Young Sport Hero 

 


Khusus untuk kanak-kanak seberat dari 9 hingga 36 kg atau 9 bulan hingga ke 12 tahun, kerusi keselamatan kanak-kanak ini berada di dalam kumpulan ECE-Group 1/2/3. Ia juga melepasi piawaian UN ECE R44/04 seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. 

 

Ia menampilkan sistem keselamatan Hero yang menggabungkan pad bahu, pengikat atau strap bahu dan headrest kepada satu unit, menghasilkan sistem yang mudah dipakai kerana tali pengikat itu tidak terlepas jatuh ke sisi atau berpintal. 

 

 

 

 

Di bawah ialah ciri-ciri Young Sport Hero yang mungkin membuatkan anda tertarik dengannya.

 

• Boleh digunakan untuk semua kenderaan - Produk ini adalah universal dan boleh digunakan oleh kenderaan dengan tali pinggang keledar. 


• Perlindungan hentaman sisi - Jika berlaku perlanggaran dari sisi, sistem ASP (Advanced Side Protection) dari Recaro ini memberikan perlindungan maksimum untuk anak anda. 


• Ringan! - Cuma seberat 8 kg, ia mudah untuk dibawa keluar dari kenderaan anda. 


• Sistem pengikat (harness) 5-poin - Memudahkan kita menggunakannya.

 
• Tempat duduk ergonomik untuk bayi - Mempunyai pelapis khas untuk memastikan bayi kita duduk dengan selamat dan tidak bergerak banyak. 


• Besi tali pinggang berlapik - Besi tali pinggang pada kerusi ini dilapik agar tidak panas jika kenderaan diparkir di luar. 


• Sistem pengudaraan - Recaro ini mempunyai sistem pengudaraan agar anak anda tidak panas dan berkuap bila duduk di dalamnya. 


• Armrest diperkukuh - Arm rest atau tempat letak tangan direka agar masih selesa dan kukuh untuk digunakan oleh anak-anak yang sudah besar. 


• Datang dalam pelbagai warna pilihan. 

 

 


2.    Monza Nova 2 Seatfix (SF) 


Tempat duduk anak dari Recaro ini khusus untuk anak-anak yang berusia dari 3 tahun sehingga 12 tahun (ECE Group 2 dan 3). 
Seperti dijangka, model ini turut menerima sijil piawaian UN ECE R44/04 seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. 


 

 

Fungsi paling popular untuk model Monza Nova 2 SF ini ialah ciri pembesar suara yang diletakkan sekali di dalam tempat sandar kepalanya. 

 

Selain dari itu, tempat sandar kepalanya (headrest) yang boleh dilaraskan kepada 11 tempat itu membantu memastikan ia sesuai untuk anak kita dari usia 3 tahun sehingga darjah enam (15 hingga 36 kg)

 

Ciri-ciri lain sebenarnya sama dengan model Young Sport Hero tetapi dengan tambahan-tambahan di bawah: 

 

• Sandar kepala boleh laras kepada 11 ketinggian.

 

• Sistem audio yang boleh disambungkan ke alat audio peribadi (iPod, telefon pintar dan sebagainya). 

 

• Kusyen kepala yang diintegrasikan sekali agar lebih selesa. 

 

• Perlindungan perlanggaran sisi atau ASP. 

 

• Penggunaan tapak Seatfix untuk lebih memudahkan tempat duduk ini dipasang dan dibuka. 

 

 


3.    Monza Nova Evo Seatfix (SF)

 

Tempat duduk kanak-kanak dari Recaro ini bukan sahaja cantik dan bermutu, tetapi dilengkapi dengan teknologi-teknologi terkini.

Monza Nova Evo ini boleh dipasang menggunakan tali pinggang keledar ataupun pengikat Isofix. Model ini juga termasuk di dalam kumpulan ECE-Group 2/3, bermakna ia sesuai untuk anak-anak seberat 15 hingga 36 kg, atau berusia lebih kurang 3 hingga 12 tahun.

 

 

 

Ciri-ciri lain yang terdapat dapat Monza Nova Evo SF ini adalah hampir sama dengan model Monza Nova 2 SF seperti berikut: 


•    Penyandar kepala boleh dilaraskan kepada 11 ketinggian.

 

•    Penyandar kepala itu juga menggunakan kusyen udara yang boleh anda kawal menggunakan sistem pam udara. Ini menambahkan keselesaan anak anda.

 

•    Anak anda juga dilindungi dari perlanggaran sisi dengan sistem Advanced Side Protection (ASP). Ia merangkumi rangka tempat duduk yang kukuh dan balutan kusyen untuk menyerap hentaman.

 

•    Sistem aliran udara direka pada tempat duduk itu agar menyejukan bahagian belakang badan anak anda.

 


•    Penggunaan tapak Seatfix untuk lebih memudahkan tempat duduk ini dipasang dan dibuka. 

 

Anda tidak perlu khuatir dengan jenama dan produk Recaro ini kerana dengan senarai anugerah yang telah dimenangi oleh mereka, pengiktirafan dari pelbagai pihak, ia sudah cukup membuktikan bahawa ini lah dia produk terbaik untuk anak-anak anda, dan bukankah kita mahu berikan terbaik kepada anak-anak kita? 

 

 

Kesemua barangan kanak-kanak dari Recaro ini boleh didapati dari kedai Chicco di: 

 

• KL dan Selangor: Mid Valley, Sunway Velocity, 1 Utama 
• Pulau Pinang: Gurney Plaza dan Queensbay Mall 
• Sabah: Suria Sabah dan Imago Shopping Mall 
• Sarawak: Vivacity dan Bintang Mall

 

Untuk maklumat terkini atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk yang dinyatakan, sila ke laman web mereka di sini
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau dilapor tidak memakai tali pinggang keledar semasa duduk  membuat rakaman video di bahagian…
Berita Global
ZF merupakan syarikat dari German yang terkenal dalam menghasilkan transmisi automatik, baru-baru…
Berita Domestik
Ops Tali Pinggang Keledar yang dibuat di sekitar Seberang Jaya itu dijalankan oleh Unit…