Dari segi spesifikasi, ia masih kekal dikuasakan oleh sistem hibrid ringkas yang menggabungkan enjin petrol 2.0 liter turbo bersama motor elektrik, dipadankan dengan transmisi automatik Geartronic 8 kelajuan (AWD), menghasilkan 249 hp dan 350 Nm.
Model Volvo XC40 B5 Plus yang diperbaharui hadir dengan ciri-ciri tambahan seperti:
- Lampu Piksel: Dilengkapi dengan sensor, lampu ini menyesuaikan kecerahan secara dinamik untuk mengoptimumkan penglihatan pemandu sambil mengurangkan silau bagi lalu lintas yang berlawanan.
- Roda Aloi 19 inci: Direka aerodinamik untuk meningkatkan estetika dan kecekapan bahan api.
- Warna baharu: Warna elegan Cloud Blue kini ditambah ke pilihan warna sedia ada seperti Onyx Black, Crystal White, Silver Dawn, dan Sage Green.
- Infotainmen Android: Sistem ini juga boleh digunakan dengan Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan banyak lagi.
- 5 Tahun Perkhidmatan Digital Percuma: Nikmati akses melalui aplikasi Volvo Cars, bersama perkhidmatan dari Google Play Store.
Semestinya aspek keselamatan bagi jenama yang menerajuinya tidak perlu dipersoalan, Volvo XC40 B5 Plus kekal dilengkapi ciri utama seperti:
- Perlindungan jalan keluar
- Sistem perlindungan leher
- Amaran dan sokongan mitigasi perlanggaran depan dan belakang
- Sistem informasi titik buta dengan bantuan stereng
- Bantuan pengemudian lorong
- Pandangan parkir 360 darjah
- Amaran lalu lintas dengan brek automatik
Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo XC40 B5 Plus dan model-model lain, layari laman web Volvo Car Malaysia.