Tempahan Volvo EX30 CKD kini dibuka - 2 varian, dari RM208,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volvo Car Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pembukaan tempahan bagi model SUV elektrik terbaharunya iaitu Volvo EX30 yang dipasang secara tempatan (CKD).

Pembukaan tempahan EX30 CKD itu berikutan kejayaan jualan unit CBU yang telah habis terjual selepas pelancarannya pada September 2024.

Bagaimanapun, EX30 versi pemasangan tempatan itu hanya akan ditawarkan dengan dua varian iaitu Ultra dan Ultra Twin Performance, dengan harga bermula dari RM208,8881 dan RM228,8881.

 

2

 

Ia sekaligus menggugurkan penawaran varian aras mulanya, iaitu Plus yang ditawarkan bermula dari RM188,888.

Volvo Car Malaysia menyediakan pengalaman pemilikan dengan sokongan selepas jualan yang menyeluruh ntuk pembeli EX30, seperti Pelan Servis Volvo (VSP) meliputi perkhidmatan penting seperti penggantian penapis udara kabin, pemeriksaan cecair brek, penggantian bilah wiper, dan kemas kini perisian sehingga 5 tahun atau 100,000 km.

Pelanggan yang membeli EX30 juga akan dilindungi di bawah program bantuan tepi jalan 24 jam selama 5 tahun, memastikan perkhidmatan tunda ke pusat servis Volvo yang sah terdekat.

 

3

 

Volvo Car Malaysia turut menawarkan waranti kenderaan selama 5 tahun serta waranti 8 tahun untuk komponen bateri voltan tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan Volvo EX30, kunjungi laman web Volvo Cars Malaysia.

 

Baca: Volvo EX30 rasmi untuk pasaran Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen ini hadir susulan sambutan positif sebelum ini, membuka peluang kepada pembeli untuk…
Berita Domestik
Bagi Volvo, perkataan “Selamat” bukan sekadar ucapan musim perayaan, tetapi juga melambangkan…
Berita Domestik
XC60 Refreshed – Lebih Sporty dan Canggih Volvo XC60 kini tampil dengan gril depan baharu, sistem…