Tempahan Volkswagen Arteon kini dibuka dengan anggaran harga bermula dari RM290,000

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menerima pra-tempahan untuk Volkswagen Arteon serba baharu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Arteon R-Line yang diimport sepenuhnya (CBU) itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 apabila dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. 

Sedan segment D 5-pintu itu akan merupakan model utama Volkswagen dan menawarkan reka bentuk avant garde bersama pengendalian dinamik. 
 


Nama model Arteon ini membawa maksud; ‘Art’ menerangkan tentang garis-garis badan sebuah fastback yang harmoni dan beremosi. Manakala ‘eon’ pula menyerlahkannya sebagai sebuah model premium Volkswagen. 

Arteon telah dipilih sebagai pemenang “2017 Golden Steering Wheel”, salah satu anugerah automotif paling berprestij di Eropah. 
 


Model ini dibina untuk kelajuan, Arteon didatangkan dengan enjin turbo a 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear basah direct shift gearbox (DSG) 7-kelajuan.

Kuasa mencecah 280PS dan tork 350Nm yang boleh dicapai di antara 5,100 hingga 6,500rpm itu disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION. 

Dilengkapi Paparan Info Aktif dengan paparan transistor warna filem nipis (TFT), tetapan baru yang boleh di ubah suai dan paparan peta sepenuhnya dibuat.

Sistem infotainmen Discover Pro baharu dengan skrin bersaiz 9.2 inci dan boleh disambungkan dengan CarPlay, Android Auto dan MirrorLink. 

Ia turut dilengkapi dengan kamera 360-darjah.
 

 

Arteon hadir dengan pakej gayaan dalaman dan luaran R-Line. Lapan pilihan warna yang ditawarkan iaitu kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver). 

Sebarang pertanyaan atau tempahan Volkswagen Arteon serba baharu boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara atau layari laman sesawang  https://www.volkswagen.com.my

Kepada yang berminat, Arteon ini dipamerkan untuk pra-tontonan di bilik-bilik pameran Volkswagen yang disenaraikan di bawah:

Pengedar

Negeri

Tarikh

Volkswagen Juru

Penang

24 – 25 Julai

Volkswagen Ipoh

Perak

27 – 28 Julai

Volkswagen Kuantan

Kuantan

2- 3 Ogos

Volkswagen Skudai

Johor

8 – 9 Ogos

Volkswagen Tebrau

Johor

11 – 12 Ogos

Volkswagen Batu Pahat

Johor

16 – 17 Ogos

Volkswagen Melaka

Melaka

24 – 25 Ogos

Volkswagen Semenyih

Selangor

6 -7 September

Volkswagen Balakong

Selangor

14 – 15 September

Volkswagen Klang

Selangor

21 – 22 September

Volkswagen Sg Besi

Kuala Lumpur

28 – 29 September

Volkswagen TTDI

Kuala Lumpur

5 – 6 Oktober

Volkswagen Glenmarie

Selangor

12 – 13 Oktober

Volkswagen Gombak

Kuala Lumpur

18 – 19 Oktober

Volkswagen Puchong

Selangor

26 – 27 Oktober

 


*Gambar kabin dari carwow.uk

*Gambar sepenuhnya dari Car Magazine UK

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…