Tempahan van panel Daihatsu Gran Max Auto serba baharu kini dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan pelancaran kenderaan komersil terbaharu - van panel Gran Max serba baharu dengan transmisi automatik tidak lama lagi, pihak Daihatsu Malaysia telah membuka tempahan awal bermula dari 16 Ogos sehingga 30 September 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gran Max serba baharu ini telah menerima penambahbaikan bagi memenuhi keperluan perniagaan domestik industri kecil sederhana (IKS), serta mana-mana perniagaan mudah alih, agensi serta syarikat korporat dengan penawaran transmisi automatik serta kebolehupayaan untuk mengangkut beban seberat 2,000 kg. 

 

Kuasa yang dihasilkan oleh enjin 1.5 liter DVVT (107 hp/141 Nm) disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi automatik memberikan kuasa pecutan dan cengkaman awal yang lebih baik ketika mengangkut beban, dan dibantu dengan stereng kuasa serta radius pusingan sekecil 4.7 meter memudahkan lagi pemanduan ketika di dalam bandar. 

Selain daripada itu, Grand Max Auto ini juga bakal dilengkapkan dengan ciri seperti brek anti kunci (ABS), dua beg udara SRS, kolum stereng collapsible untuk lebih keselamatan kepada pemandu. 
 


Menurut Daihatsu Malaysia, setiap tempahan yang dibuat menerusi tempoh tersebut akan menerima pakej servis penyenggaraan percuma selama satu tahun, termasuklah jaminan daripada pengeluar selama tiga tahun atau 100,000 km jarak perbatuan, yang mana terdahulu. 

Harga jualan di atas jalan untuk van panel transmisi automatik ini bermula dari RM69,888.00.  

Orang ramai boleh mengunjungi mana-mana 26 buah pusat pameran Daihatsu berhampiran untuk maklumat lanjut dan urusan pandu uji atau dengan melayari laman web Daihatsu di alamat www.daihatsu.com.my

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Berita Global
Dari segi dimensi, van tinggi ini membawakan ukuran jarak antara roda sepanjang 4,318 mm, keupayaan…
Berita Global
Daihatsu Vizion-F Concept secara asasnya merupakan sebuah kenderaan komersial ringan berkuasa…