Tempahan untuk SUV mewah Lexus NX300 kini dibuka

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lexus Malaysia kini mula mengambil tempahan awal bermula 10 Jun bagi model SUV mewah urban, Lexus NX300 2019 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Didatangkan dalam tiga varian iaitu Lexus NX300 Premium, NX300 Urban dan NX300 F-Sport, kesemua varian tersebut menerima kemaskini dengan kelengkapan yang lebih moden, menarik dan berbaloi. 
 


Namun, ciri terpenting yang ingin diutarakan oleh Lexus adalah ciri Lexus Safety System + yang merangkumi pelbagai ciri aktif canggih seperti Bantuan Pengesan Lorong (LTA), Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Bantuan Brek Pra-Pelanggaran, Kawalan Pelayaran Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Belokan Aktif (ACA), Amaran Sokongan Parkir dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif. 

Kesemua ciri di atas melengkapi ciri keselamatan pasif seperti lapan beg udara SRS dan tempat duduk yang mampu mengurangkan kesan kecederaan whiplash yang ada pada SUV ini. 
 


Aspek pengendalian tidak sama sekali diketepikan apabila Lexus bekerjasama dengan Yamaha bagi menala kembali penyerap hentak yang digunakan untuk mengurangkan gegaran dan kadar NVH yang lebih senyap. 

Ketiga-tiga varian ini didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris turbo 2.0 liter dual VVT-i yang menghasilkan 235 kuasa kuda dan daya kilas 350 Nm (1,650-4,000 rpm). 

Penggunaan transmisi automatik enam nisbah kelajuan Super ECT digunakan bagi memacu semua roda dan atas jalan, ia mampu memecut sepantas 7.1 saat dari 0-100 km/j. 
 


Terdapat tujuh warna pilihan didatangkan untuk Lexus NX300 termasuklah Carnelian, Amber CS, Sonic Titanium, Sonic Quartz, Graphite Black GF, Red MC CS dan Sparkling Meteor ME. 

Manakala untuk varian NX300 F-Sport pula ditawarkan dalam warna khas Heat Blue CL atau Lava Orange CS. 
 


Harga jualan pula adalah seperti berikut: 

  • Lexus NX300 Urban - RM313,888
  • Lexus NX300 Premium - RM333,888
  • Lexus NX300 F-Sport - RM349,888


Lexus NX baharu merupakan unit import sepenuhnya dan Lexus Malaysia menawarkan jaminan komprehensif lima tahun tanpa had perbatuan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pasaran tempatan, terdapat dua versi yang boleh dipilih, iaitu NX 250 Luxury dan versi yang…
Berita Domestik
Terdapat dua pilihan varian ditawarkan, iaitu Lexus NX 250 Luxury dan versi Lexus NX 350 F SPORT.…
Berita Global
  Satu perkara menarik tentang bidang pengendalian, Yamaha Motor Co., Ltd. adalah syarikat yang…