Tempahan Toyota Camry dibuka - varian tunggal enjin 2.5 liter, harga RM190k

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor baharu sahaja mengumumkan pembukaan sesi tempahan kepada model baharu Toyota Camry beberapa hari yang lalu bermula 1 November 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina atas platform global TNGA, dimensi Camry juga kini lebih besar, lebih panjang jarak antara roda dan juga duduk lebih rendah, memberikan titik graviti yang rendah, struktur badan yang kukuh sebelum diakhiri dengan tetapan sistem suspensi double wishbone pada bahagian belakang.

Didatangkan dalam satu varian tunggal sahaja, Toyota Camry serba baharu ini hadir dengan enjin empat silinder 2.5 liter 2AR-FE (184PS/235 Nm) yang diwariskan secara terus daripada model terdahulu sebelum digandingkan dengan transmisi enam kelajuan automatik. 
 


Berdasarkan brosur yang diterbitkan, antara peralatan standard untuk Toyota Camry baharu ini termasuklah:

  • Lampu utama LED projektor, ciri suluhan tinggi automatik
  • rim aloi 18 inci
  • sistem pengesan tekanan tayar (TPMS)
  • paparan head-up berwarna 10 inci
  • paparan info berbagai berwarna 7 inci, meter Optitron
  • stereng kuasa dengan ciri simpanan memori
  • sistem hiburan skrin sentuh 8 inci
  • sistem audio JBL dengan sembilan speaker
  • brek parkir elektrik
  • Auto Brake Hold
  • kerusi balutan kulit dengan fungsi memori

Toyota Camry baharu ini juga dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense yang merangkumi:

  • amaran pra-pelanggaran
  • amaran penukaran laluan dengan bantuan kawalan stereng
  • kawalan pelayaran adaptif radar
  • sistem pengesan titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang

Didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu Red Mica, Platinum White Pearl Mica, Silver Metallic, Graphite Metallic dan Burning Black, harga jualan disasarkan pada harga RM189,900 atas jalan tanpa insurans. 

Orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat Toyota Camry ini menerusi acara Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2018) pada 23 November sehingga 2 Disember 2018.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Toyota Camry Hybrid XSE   Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama …
Informasi
Untuk makluman, Toyota Camry sebenarnya telah pun wujud di pasaran sejak dari tahun 1979 menerusi…