Tempahan tertunggak kereta cecah 500,000 unit

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tempahan tertunggak kereta dipercayai mencecah lebih 500,000 unit ketika ini berbanding 267,000 unit yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 20 Jun lalu.


Penganalisis HLIB Research, Daniel Wong, berkata jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini diunjurkan meningkat berikutan jangkaan penghantaran tempahan tinggi yang berterusan pada bulan mendatang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Beliau berkata, jangkaan penghantaran tempahan tinggi itu disokong oleh tempahan tertunggak yang besar untuk pengeluar peralatan asli (OEM) utama iaitu Proton, Perodua, Honda, Toyota dan jenama lain.

 

Persatuan Automotif Malaysia (MAA), katanya turut meningkatkan jangkaan TIV kepada 630,000 bagi 2022 berbanding 600,000 sebelum ini.

 

"Kami menganggarkan tempahan tertunggak industri ketika ini melonjak kepada lebih 500,000 unit berbanding 267,000 unit yang dinyatakan semasa pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berakhir untuk tempahan baharu menjelang 30 Jun 2022 masih terpakai untuk penghantaran kenderaan sebelum 31 Mac 2023," katanya dalam satu nota penyelidikan.

 

Wong berkata, berkata, walaupun jangkaan pemulihan TIV berterusan sehingga akhir tahun dengan disokong oleh paras tempahan tertunggak yang tinggi, pihaknya masih mengekalkan penarafan 'neutral' bagi sektor automotif.

gambar hiasan

 

Namun, beliau menjangkakan TIV akan menjadi perlahan pada 2023.

 

Perodua berjaya mengekalkan kedudukan utamanya dengan penguasaan pasaran 38.4 peratus, manakala tempahan tertunggak terkini mencecah lebih 243,000 unit, satu pencapaian cemerlang bagi pengeluar kereta berkenaan.

 

Model baharu Alza yang baharu dilancarkan telah menerima tempahan memberangsangkan lebih 30,000 unit dan Perodua komited memenuhi tempahan tertunggak menjelang 31 Mac 2023.

 

Proton pula menjangkakan untuk meningkatkan penghantarannya pada separuh kedua 2022, sekali gus membolehkan pengeluar kereta nasional itu mencapai sasaran jualan antara 136,000 hingga 150,000 unit.

 

Tempahan tertunggak Proton lebih 150,000 unit, didorong oleh permintaan amat menggalakkan dan pengurusan terus memberi tumpuan untuk memenuhi tempahan tertunggak yang tinggi untuk model sedia ada sebelum memperkenalkan model Geely baharu pada 2023.

 

Industri automotif menjual 331,386 unit bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, melonjak 33 peratus berbanding 249,178 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu dengan kenderaan penumpang menyumbang 293,540 unit, manakala baki 37,846 unit lagi disumbangkan oleh kenderaan komersial.

 

MAA menyemak naik unjuran TIV bagi 2022 kepada 630,000 unit bersandarkan jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia yang berterusan selepas merekodkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama 2022.

 

Unjuran angka TIV lebih baik tahun ini juga akan dipacu oleh pengenalan model baharu dan kenderaan elektrik penuh yang ditawarkan pada harga berpatutan dan kompetitif yang mendorong minat belian pelanggan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…
Berita Domestik
  "Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90,…