Tempahan Suzuki Swift Sport kini dibuka - harga RM145k?

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan kemasukan kembali jenama Suzuki di bawah Naza Eastern Motors, tempahan untuk model Suzuki Swift Sports kini telah pun dibuka untuk rakyat Malaysia.

Menurut satu hantaran daripada salah seorang penasihat jualan Naza, tempahan untuk Suzuki Swift Sport Boosterjet Turbo itu merupakan unit CBU sepenuhnya dan memiliki tanda harga anggaran RM145,000.

 


Spesifikasi masih lagi belum diketahui, namun berdasarkan semakan model luar negara, Suzuki Swift Sport didatangkan dengan enjin K14C berkapasiti 1.4 liter Boosterjet yang menghasilkan 140 kuasa kuda dan 230 Nm.

Angka tersebut mungkin kurang memberangsangkan, namun memandangkan hatchback itu memiliki berat bawah 1 tan, sudah pasti ia memiliki nisbah kuasa-kepada-berat yang lebih baik.

 


Di pasaran Jepun, Suzuki Swift Sport didatangkan dalam padanan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan yang memacu roda hadapan, serta pecutan 0-100 km/j dalam tempoh lapan saat.

Butiran lanjut berhubung Suzuki Swift Sport bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
  Swift Sport generasi baharu diimport sepenuhnya dari Jepun, dan senarai menunggu dijangka akan…
Berita Domestik
    SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi/Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings…
Berita Global
Untuk mempromosikan Suzuki Katana yang ikonik itu, Suzuki hadir dengan sebuah model hatchback…