Tempahan Subaru BRZ 2022 dibuka, anggaran harga dari RM229k - RM239k

oleh Mohamad Hanif|
Subaru Malaysia menerusi pengedar rasminya Motor Image dilaporkan telah membuka tempahan bagi model kereta sports pacuan roda belakang Subaru BRZ 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut info daripada rakan media Paultan, terdapat beberapa pengedar yang sudah pun mula mengiklankan kehadiran kereta sports tersebut meskipun tiada sebarang butiran lanjut yang boleh didapati menerusi laman web rasmi Subaru Malaysia.

Subaru BRZ 2022 bakal hadir dalam dua pilihan transmisi, iaitu transmisi manual enam-kelajuan dengan harga jualan bermula dari RM229,245, sementara versi automatik enam kelajuan lebih mahal, dari RM239,245 (harga atas jalan tanpa insurans).
 

BRZ


Dari segi kuasa, Subaru BRZ didatangkan dengan nadi boxer 2.4 liter aspirasi natural yang mampu menjana 234 hp @ 7,000 rpm, dan daya kilas 250 Nm @ 3,700 rpm, serta dipadankan dengan LSD Torsen.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 6.8 saat untuk versi AT, manakala versi tukar gear sendiri pula sedikit pantas, sekitar 6.3 saat.
 

BRZ


Difahamkan, kedua-dua varian bakal didatangkan dengan kelengkapan yang serupa, seperti lampu LED, rim aluminium 18 inci, skrin infotainmen lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin kluster tujuh inci, serta upholsteri kulit dan Ultrasuede.  

Aspek keselamatan pula didatangkan standard dengan tujuh beg udara, kawalan kestabilan kenderaan, ABS, EBD, bantuan mula mendaki, Subaru Rear Vehicle Detection (gandingan pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang), sementara versi AT pula didatangkan dengan ciri keselamatan tambahan EyeSight.

Baca: Subaru BRZ 2022

Baca: Beza Subaru BRZ dan Toyota GR86

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun dipakaikan lencana yang berbeza, namun secara asasnya kedua-dua jentera pacuan roda…
Berita Global
Sebaliknya, Subaru Jepun kini membuka tempahan bagi mereka yang mahukan kereta sports pacuan roda…
Model Terbaharu
Seperti yang diduga sebelum ini, Subaru BRZ 2022 kini membawakan enjin berkapasiti lebih besar,…