Tempahan Proton X50 varian Standard ditangguhkan kerana permintaan terlalu rendah

oleh SALINA JALIL|
Proton telah memutuskan untuk menangguh tempahan untuk Proton X50 varian Standard disebabkan permintaan yang rendah terhadap varian tersebut.


Sejak dari pelancaran model X50 pada bulan Oktober tahun lalu, Proton telah menerima lebih dari 40,000 tempahan tetapi tempahan untuk varian Standard hanya menyumbang sebanyak lima peratus sahaja.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Dalam laporan The Edge, mereka telah memaklumkan bahawa Proton X50 memperolehi minat yang tinggi dari orang ramai dan permintaan tertinggi adalah untuk varian Flagship.

 


Buat masa ini Proton akan memberi tumpuan kepada jumlah tempahan varian yang tinggi dan ini tidak melibatkan varian Standard. Tempahan untuk varian Standard akan disambung semula apabila penghantaran telah stabil.

 


Proton X50 hadir dalam empat varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

 


Buat masa ini, masa menunggu untuk Proton X50 adalah sekitar 6 bulan dan Proton merancang untuk memendekkan tempoh menunggu dengan mengambil beberapa langkah strategik. Penggantungan sementara varian Standard adalah salah satu darinya.

 


Sehingga kini Proton telah menyerahkan lebih dari 11,000 unit X50 kepada pembeli. Pihak pengurusan Proton juga telah meletakkan X50 ini sebagai penyumbang jumlah jualan terbesar bagi Proton, bukan hanya untuk tahun 2021, tetapi untuk tahun-tahun mendatang.

 

 

 

The Edge

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Menurutnya, fokus pasaran Proton tidak seharusnya untuk pasaran Malaysia tapi juga untuk rantau…
Pelancaran
Untuk makluman, sedan kompak Proton S70 dilancarkan sebagai pengganti kepada model sedan segmen C…