Tempahan Porsche Cayenne 2024 dibuka untuk pasaran Malaysia - Harga bermula dari RM599,999

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah diperkenalkan secara global pada bulan April lepas, Tempahan Porsche Cayenne 2024 versi facelift kini dibuka untuk pasaran Malaysia, dengan tanda harga bermula dari RM599,999 sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Didedahkan secara rasmi bertempat di acara pameran Auto Shanghai 2023, Cayenne 2024 didatangkan dengan peningkatan rupa untuk bahagian luar, reka bentuk papan pemuka serba baharu dan naik taraf trenkuasa yang ketara.

Nadi V6 3.0 liter turbo yang dipasang pada Cayenne 2024 kini ditambah baik, dipadankan bersama transmisi automatik 8 kelajuan bersama pacuan semua roda, dimana ia kini menghasilkan 348 HP dan 500 Nm, naik sebanyak 13 HP dan 50 Nm berbanding sebelum ini.

 

2

 

Bukan rupa semata-mata, Cayenne baharu menampilkan peningkatan menyeluruh kepada sistem casis, ciri berteknologi tinggi yang inovatif, serta paparan dan konsep kawalan digital.

Menariknya untuk pasaran Malaysia, Cayenne baharu itu akan dihasilkan secara tempatan (CKD) di kilang Kulim, Kedah dengan pelbagai pakej yang didatangkan secara standard.

Dari segi suspensi, ia menerima naik taraf penyerap hentak dua injap dengan peringkat lantunan dan mampatan yang berasingan.

 

3

 

Cayenne baharu turut dilengkapi secara standard dengan Porsche Active Suspension Management yang menerima kemaskini pengurusan pitch-dan-roll lebih baik.

Cayenne 2024 kini dilengkapi lampu hadapan LED Matrix secara standard, dimana ia mempunyai bentuk yang lebih tajam daripada sebelumnya, lampu belakang baharu juga kini mempunyai ketinggian seragam.

Pada bahagian papan pemuka, ia kini dilengkapi instrumen digital 12.6 inci pada bahgaian pemandu, bahagian tengah pula dilengkapi paparan infotainmen standard 12.3 inci

 

4

 

Dari segi keselamatan, versi facelift itu kini didatangkan dengan Lane Change Assist dan Lane Keep Assist secara standard.

Selain itu, Cayenne baharu juga menampilkan ciri standard yang dipertingkatkan termasuk Adaptive Cruise Control, soft-close doors, Power Steering Plus, rim rekaan baharu bersaiz 20 inci, Sistem Bunyi Bose Surround dan pengecas telefon tanpa wayar dengan Pengecasan Induktif sehingga 15 watt.

Untuk pasaran Malaysia, versi facelift itu tersedia dengan tiga warna iaitu Chromite Black Metallic, Carrara White Metallic dan Quarzite Grey Metallic, serta pilihan warna hitam dan kulit meran umtuk bahagian dalaman.

 

5

 

Bermula dari RM599,999, tempahan Cayenne 2024 kini boleh dibuat melalui platform digital, di mana 250 tempahan pertama akan menerima kunci yang dipadankan dengan warna luaran pilihan.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web Posrche Malaysia, dan penghantaran kepada pelanggan akan bermula seawal akhir tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Versi facelift itu didatangkan dengan peningkatan rupa untuk bahagian luar, reka bentuk papan…
Berita Global
Susun atur papan pemuka serba baharu ini diinspirasikan daripada Porsche Taycan, menampilkan skrin…