Tempahan pesawat Boeing meningkat 41 peratus pada 2022

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing memenuhi lebih banyak tempahan pesawat penumpang dan kargo pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).


Syarikat itu pada Selasa memaklumkan pihaknya telah memenuhi tempahan 152 pesawat komersial pada suku keempat 2022 berbanding 99 pesawat komersial dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pada 2022 secara keseluruhan, Boeing menghantar sejumlah 480 pesawat komersial, iaitu peningkatan sebanyak 41 peratus berbanding tahun lepas.

 

Boeing akan mengeluarkan data kewangan suku keempat secara terperinci pada 25 Januari, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.

 

Dalam keluaran berasingan, syarikat yang berpangkalan di Virginia itu melaporkan pihaknya menerima 774 tempahan komersial pada 2022 selepas pembatalan dan penukaran.

 

Sehingga 31 Disember 2022, tunggakan penghantaran pesawat komersial ialah sekitar 4,578 jet.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Ia selepas pesawat tersebut telah mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ia kehilangan altitud…
Berita Global
Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat…