Tempahan pelanggan sebenarnya pinjaman tanpa faedah untuk Tesla! - penganalisa

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelanggan dan peminat Tesla yang meletakan tempahan bernilai US$3,500 (RM14,400) setiap seorang sebenarnya memberikan syarikat itu pinjaman tanpa faedah.

Itu yang dikatakan oleh seorang penganalisa Dan Albert yang ditemuramah oleh agensi berita AFP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Albert juga adalah penulis buku "Are we there yet?" berkaitan industri automotif US.

Albert mempersoalkan jangkaan optimistik berkaitan kenderaan autonomi atau pandu sendiri. 

Menurut Sam Abuelsamid, jurutera dan pakar di syarikat Navigant Research, kenderaan autonomi memang sudah digunakan di beberapa kawasan tertutup seperti kampus universiti kerana ia mempunyai had laju yang rendah dan kurang interaksi antara kenderaan autonomi tersebut dengan kenderaan lain, pejalan kaki dan basikal.

"Masalah utama ialah "persepsi" yang bermaksud kebolehan perisian untuk mengesan objek-objek lain seperti kereta dan basikal dan motosikal dan pejalan kaki dan kemudian mengagak apa yang akan dilakukan oleh semua objek-objek itu," terang Abuelsamid.

"Sekarang ini, kenderaan autonomi yang paling canggih pun hanya mempunyai 80 - 85 peratus daya persepsi."

"Ini bermaksud, di dalam 15 peratus insiden, kereta autonomi akan melanggar objek-objek dan membunuh mereka," kata Abuelsamid dengan jelas.

Kenderaan autonomi akan muncul pada penghujung tahun 2020 dan ia akan meningkat secara berperingkat menjelang 2021 tetapi dalam skala yang kecil.

Elon Musk, pengasas Tesla berkata pada bulan Oktober lalu bahawa kenderaannya akan boleh dipandu sendiri dari rumah ke pejabat, dan kemungkinan besar tidak memerlukan langsung input dari pemandu tetapi masih perlu diawasi.

"Tesla terlebih berjanji," amaran Albert.

* Laporan asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…