Tempahan Nissan Serena S-Hybrid kini mencecah 2,500 unit!

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu telah mencatatkan jumlah tempahan sebanyak 2,500 unit sehingga minggu ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 757 unit telah didaftarkan dalam masa hanya empat minggu selepas pelancaran rasmi. 
 


Menurut Christopher Tan, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM berkata, "Tempahan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ini membuktikan penerimaan yang hebat daripada rakyat Malaysia terhadap produk Nissan."

"Nissan akan turut meningkatkan produksi bagi memastikan MPV ini dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya," tambah beliau. 
 


Serentak dengan itu, satu majlis penyerahan kunci kepada pemilik Nissan Serena S-Hybrid, iaitu Lokman Hakim bin Mohamed Yusoff di ETCM Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Christopher Tan dan Vincent Wijnen, Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Nissan Motor Asia Pacific Co. Ltd. 


Bagi mereka yang ingin memandu uji Nissan Serena S-Hybrid ini, Nissan kini mengadakan Karnival Pandu Uji di bilik-bilik pameran Nssan terpilih di seluruh negara. 

Berikut merupakan lokasi dan tarikh karnival tersebut. 

Tarikh

Wilayah

Lokasi

8 – 9 Jun

Utara

ETCM Alor Setar

9 – 10 Jun

Utara

ETCM Butterworth

Utara

ETCM Ipoh

Tengah

ETCM Petaling Jaya

Tengah

ETCM Cheras

Selatan

ETCM Johor Jaya

Selatan

ETCM Seremban

Selatan

ETCM Semabok

Sarawak

ETCM Kuching

Sabah

ETCM Kota Kinabalu

23 – 24 Jun

Utara

ETCM Bayan Lepas

Tengah

ETCM Glenmarie

Tengah

ETCM Puchong

Selatan

ETCM Batu Pahat

Sarawak

ETCM Miri

Sabah

ETCM Sandakan

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran
Menggunakan kepakaran daripada firma talaan IMPUL, Nissan Serena S-Hybrid diberikan kit badan…
Berita Global
  Carlos Ghosn, legenda pengurusan automotif yang masih ditahan di Jepun kerana disyakki tidak…
Berita Domestik
Nissan mendefinisikan semula bagaimana manusia bergerak, dengan visi menjadikan pengangkutan lebih…