Tempahan model elektrik Q8 e-tron, e-tron GT quattro & RS e-tron GT dibuka, harga jualan dari RM369,000

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia mengumumkan ketibaan model-model kenderaan elektrik e-tron untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelanggan Audi yang berminat boleh mendapatkan model SUV Q8 e-tron SUV atau versi Sportback dengan harga jualan bermula dari RM369,000 hingga RM476,000.

Baca: Audi Q8 e-tron 2023
 

Q


Untuk makluman, Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang menerima kehadiran model Q8 e-tron selepas produksi pertamanya bermula pada tahun ini.

Dalam varian Q8 50 e-Tron, ia mampu menjana kuasa 335 hp (Boost Mode) dan 664 Nm, sementara pek bateri 89 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 491 km (505 km untuk versi Sportback).
 

Q8


Varian Q8 55 e-Tron pula mendapat talaan kuasa 402 hp (Boost Mode) dan 664 Nm, digandingkan dengan pek bateri 104 kWh untuk jarak operasi 582 km (600 km untuk versi Sportback).

Bagi mereka yang tidak meminati bentuk badan SUV, terdapat model sedan coupe e-tron GT quattro dengan harga jualan bermula dari RM559,000 hingga RM643,000.
 

e-tron


Merupakan kembar kepada Porsche Taycan, Audi e-tron GT membawakan konfigurasi motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda quattro, dipadankan dengan pek bateri 85 kWh yang membenarkan jarak gerak sehingga 501 km untuk sekali cas penuh.

Sedan coupe e-tron GT mampu menghasilkan kuasa 469 hp dan 630 Nm, atau sehingga 530 PS/640 Nm dengan menggunakan mod Launch Control.
 

Audi


Sementara peminat jentera berprestasi tinggi berkuasa elektrik boleh mendapatkan model RS e-tron GT dengan harga jualan bermula dari RM749,000 hingga RM769,000.

Membawakan tetapan yang lebih berkuasa, Audi RS e-tron GT pula berupaya menghamburkan 590 hp dan 830 Nm, yang membenarkan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.3 saat.

Baca: Audi e-tron GT - kembar Porsche Taycan

Tempahan untuk kesemua model yang disebutkan tadi sudah pun dibuka, dan ia bakal dilancarkan secara rasmi menjelang pertengahan tahun ini.
 

e-tron


Menurut Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata, pihaknya yakin model-model mewah berprestasi tinggi Audi ini akan menawarkan pengalaman pemanduan yang unik kepada pemiliknya.

“Rangkaian model e-tron telah dibina khas sepenuhnya dengan memberikan penekanan terhadap aspek prestasi. Ia mengukuhkan lagi identiti Audi sebagai perintis masa depan dan menjadi bukti terbaik aspirasi teknologi Audi.

Untuk tempoh masa terhad, Audi RS e-tron GT sudah boleh dilihat dengan lebih dekat di bilik pameran Audi di Glenmarie, Juru dan Setia Alam, atau alternatifnya boleh berkunjung ke Audi Showcase di 1Utama Shopping Centre bermula 22 hingga 26 Februari ini.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Aplikasi myAudiWorld kini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan…