Tempahan Mitsubishi Xpander akan dibuka - crossover tujuh tempat duduk, CKD di Pekan!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia mengumumkan pembukaan sesi tempahan pada bulan Oktober nanti bagi crossover tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Model terbaharu dari Mitsubishi Motors Malaysia itu akan dipasang di fasiliti produksi baharu yang bertempat di Pekan, Pahang. 

Walaupun tiada sebarang harga jualan didedahkan, Mitsubishi Motors memberikan petunjuk bahawa harga jualannya mampu memberikan saingan kepada pesaing-pesaing di dalam kelasnya, selain memenuhi keperluan keluarga yang mahukan sebuah kenderaan tujuh tempat duduk yang selesa dan praktikal. 

Menurut Mitsubishi lagi, fasiliti baharu di Pekan itu bakal menampilkan bengkel kimpalan badan serba baharu yang mempunyai alat kimpalan termaju. 

Selain daripada itu, kilang tersebut turut dilengkapi dengan teknologi pengecatan moden terdiri daripada ED-Coating 360 darjah dan sistem semburan spray menggunakan kawalan robot bagi memberikan perlindungan menyeluruh terhadap casis Xpander. 
 


Mitsubishi Expander dijana menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder sebaris yang menghasilkan kuasa setinggi 105 PS serta daya kilas 141 Nm.

Untuk pasaran luar, Mitsubishi Xpander didatangkan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan atau automatik empat kelajuan. 

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web rasmi Mitsubishi di https://www.mitsubishi-motors.com.my/.

Orang ramai juga turut dijemput untuk melihat dengan lebih dekat Xpander baharu di Mid Valley Megamall, Centre Court bermula hari ini sehingga 13 September ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…