Tempahan Mazda BT-50 2022 kini dibuka, harga dari RM124k

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat anda yang menantikan kehadiran 'kembar' kepada trak pikap Isuzu D-Max, iaitu Mazda BT-50.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana menurut laporan daripada rakan media Wapcar, terdapat beberapa pengedar Mazda telah pun mula membuka tempahan bagi model Mazda BT-50 2022.

Difahamkan, Mazda BT-50 2022 merupakan unit import (CBU) dari Thailand, dan akan ditawarkan kepada pembeli di Malaysia dalam dua versi, iaitu varian 1.9 liter High Double Cab, dan 3.0 liter High Plus Double Cab.

Harga jualan pula dijangka bermula dari RM124,179 untuk model 1.9 liter sehingga RM143,218 untuk varian 3.0 liter.
 

BT-50


Untuk versi aras mula, Mazda BT-50 dikuasakan oleh enjin 1.9 liter menghasilkan 150 PS dan 350 Nm, sementara Mazda BT-50 3.0 liter pula mampu menghasilkan 190 PS dan 450 Nm, dan berdasarkan kepada trend semasa, terdapat kemungkinan besar kedua-dua varian hanya akan ditawarkan dalam versi automatik sahaja.

Meskipun menggunakan asas daripada Isuzu D-Max, Mazda berjaya menghadirkan elemen penggayaan mereka pada trak pikap tersebut, seperti contoh muka hadapan yang membawakan rekaan keluarga Mazda, gril yang besar, serta kluster lampu kabus dan lampu membelok yang diposisikan menegak.
 

BT-50


Sementara ruang kabin Mazda BT-50 pula diberikan kemasan yang lebih premium di mana roda stereng three-spoke tipikal Mazda turut kelihatan, diikuti dengan skrin infotainmen yang menerima sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Spesifikasi lanjut berkenaan Mazda BT-50 hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi trak pikap ini kelak.

Sumber: Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan…
Berita Global
Enjin RZ4E-TC berkapasiti 1.9 liter itu berupaya menghasilkan 147 hp dan 350 Nm yang dipadankan…