Tempahan Lotus Evija dibuka untuk pasaran Malaysia - harga dari RM16 juta sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Masihkah anda ingat kepada model hypercar berkuasa elektrik yang diperlihatkan buat kali pertama oleh Lotus dua tahun yang lalu, iaitu Evija?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nampaknya pihak pengimport dan pengedar rasmi kenderaan berjenama Lotus di Malaysia, Lotus Karz sudah pun membuka tempahan bagi mereka yang berminat dengan harga bermula dari RM16 juta berdasarkan laporan daripada rakan media Paultan.

Atau RM10 juta sekiranya anda berminat untuk menyimpan hypercar EV tersebut di Langkawi, pulau bebas cukai.

 


Lotus Evija hanya dihasilkan sebanyak 130 unit terhad untuk pasaran global, didatangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa menjana 2,000 PS dan 1,700 Nm yang terdiri daripada empat motor elektrik, dan pek bateri lithium-ion berkapasiti 70 kWh.

Dari segi prestasi, Evija mampu memecut kurang dari tiga saat dari pegun ke 100 km/j sebelum mencapai kelajuan maksimum 320 km/j.

Ia dibantu dengan berat keseluruhan Evija sekitar 1,680 kg sahaja, terima kasih kepada penggunaan casis gentian karbon ultra-ringan, manakala sistem pemberhentian pula didatangkan daripada AP Racing dengan cakera karbon seramik.

 


Walaupun ia bersifat sebuah kenderaan elektrik, namun Lotus tetap memberikan karakteristik bunyi yang tersendiri yang diinspirasikan daripada bunyi enjin F1 Type 49 dengan menggunakan khidmat daripada produser muzik Patrick Patrikios.

Spesifikasi penuh Lotus Evija boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Lotus Evija - hypercar 2,000 PS
Baca: Lotus Evija dengan runut bunyi seakan enjin jentera F1 Type 49

 

 

Sumber: Paultan