Tempahan Lexus LX 570 kini dibuka

oleh SALINA JALIL|
Lexus Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk SUV off-road premium iaitu model LX 570 yang merangkumi pelbagai penambahbaikan dari segi reka bentuk dan kelengkapan keselamatan kini telah dibuka untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk model terbaharu ini, LX 570 didatangkan dengan lampu isyarat membelok baharu yang diintegrasikan ke dalam lampu utama LED, di samping jeriji ‘spindle’ serta rim sukan berukuran 21 inci yang tampak lebih menarik.

 

Selain itu, Lexus turut menawarkan warna baharu Terrane Khaki Mica Metallic untuk bahagian luaran dan warna Garnet, Sun Flare Brown dan Orcher untuk ruang dalaman kabin .

 

Kepada mereka yang mementingkan  penampilan yang lebih agresif boleh memilih LX 570 Sport yang hadir dengan ciri-ciri tambahan seperti kemasan blok berbentuk L pada jeriji dan rim 21 inci dengan rekaan yang lebih sporty.

 

Varian Sport juga turut dilengkapi dengan scuff plate eksklusif, pedal sport aluminium dan logo berlampu yang terpancar apabila pintu dibuka.

 

lx570

 

Bukan itu sahaja, peredam prestasi pada gandar hadapan turut diberikan untuk pengendalian yang lebih stabil tanpa menjejaskan keselesaan.

 

LX 570 didatangkan standard dengan enam mod pemanduan, serta pelbagai ciri pemanduan off-road seperti Active Height Control (AHC), Multi-Terrain Select (MTS), Crawl Control dan Hill Start Assist (HSA).

 

 

Dari segi keselamatan pula,  LX 570 ini didatangkan dengan sistem Lexus Safety System Plus (LSS+) yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Lane Departure Alert (LDA).

 

Model ini diimport sepenuhnya dan dijual pada harga RM1,225,883 untuk model LX 570 dan LX 570 Sport pula berharga dari RM1,281,938.

 

price

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…