Tempahan Land Cruiser 70 dihentikan sementara, tak mampu penuhi permintaan tinggi di Australia

oleh Mohamad Hanif|
Antara model yang susah untuk 'dimatikan' daripada barisan kenderaan Toyota masa kini adalah Land Cruiser 70 yang dilancarkan sejak dari tahun 1984.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun sudah berusia 38 tahun, namun ia masih lagi mendapat permintaan yang tinggi, terutama di pasaran Australia.

Disebabkan kesukaran untuk memenuhi permintaan yang tinggi, pihak Toyota Australia terpaksa menghentikan sementara tempahan Land Cruiser 70.

Wakil Toyota Australia mengesahkan berita tersebut dengan menyebut gangguan bekalan yang dialami oleh industri automotif global sebagai punca.

Dalam masa yang sama, populariti Land Cruiser 70 di kalangan pengguna Australia masih lagi kekal berada di tahap tertinggi dalam sejarah.
 

LC70


Naib presiden jualan, pemasaran dan operasi francais Toyota Australia Sean Hanley berkata, "pasukan Toyoota sedang bekerja keras untuk mengedarkan bilangan kenderaan yang banyak dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada syarikat induk.

"Dalam masa yang sama, permintaan yang tinggi serta cabaran kekurangan bekalan yang melanda industri di peringkat global menyebabkan kami tidak mampu untuk memenuhi permintaan dengan lebih pantas.

"Disebabkan itu, kami membuat keputusan untuk menghentikan sementara tempahan bagi model Land Cruiser 70 Series, dan para pengedar akan menghubungi sendiri pelanggan berhubung tempoh menunggu dalam masa beberapa bulan akan datang.
 

LC70


"Kami turut memantau rapat situasi bekalan global dan akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan terbaik pelanggan dan juga pengedar kami.

Pada bulan April, Toyota mengumumkan kemaskini bagi model klasik tersebut supaya ia dapat memenuhi regulasi pelanggaran impak sisi yang semakin ketat di pasaran Australia, dan boleh didapati di pasaran tersebut bermula bulan November tahun ini.

Sumber: CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Motoring, Toyota Austalia bakal mendatangkan beberapa kemaskini terhadap…