Tempahan kereta melonjak dua kali ganda

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kebanyakan bilik pameran pengedar kereta di sekitar ibu kota, hari ini, menjadi tumpuan pembeli untuk mendapat maklumat ataupun menempah kenderaan yang diingini.


Mereka dilihat berbuat demikian kerana tidak mahu terlepas peluang menikmati insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berakhir pada hujung bulan ini.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Malah, ketika tinjauan BH di sekitar ibu kota, ada pembeli kereta sanggup menunggu sehingga enam bulan untuk mendapatkan kenderaan, asalkan dapat menikmati insentif berkenaan.

 

Penasihat jualan syarikat kereta import, Edwin Wong Chee Keong, 40, berkata ramai pembeli merebut peluang untuk menempah kereta dalam masa seminggu ini.

 

Pembeli membuat keputusan untuk menempah terlebih dahulu untuk memastikan mereka masih lagi boleh dapat pengecualian SST.

 

"Berdasarkan kenyataan daripada kerajaan, walaupun kereta didaftarkan pada bulan hadapan, asalkan pembeli menempah dengan kami sebelum 30 Jun, mereka dikira masih layak menerima pengecualian.

 

"Walaupun tiada lanjutan insentif pengecualian SST, setakat ini kami belum menerima pembatalan tempahan oleh pelanggan kami. Sebelum ini jika terdapat sebarang masalah teknikal seperti warna yang pembeli inginkan tiada, mereka akan batalkan tempahan.

 

"Sejak Insentif Pengecualian SST diperkenalkan, kami berjaya menjual 150 sehingga 180 unit kenderaan dalam tempoh dua bulan," katanya.

 

Isnin lalu, kerajaan memutuskan tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023.

 

Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pascapandemik bagi memastikan kebajikan rakyat serta kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

 

Penolong pengurus syarikat kereta tempatan, Muhammad Dini, 32, pula berkata jumlah tempahan yang diterima syarikat itu tidak terjejas, sebaliknya melonjak sehingga dua kali ganda.

 

"Sebelum ini dalam masa sebulan kami menerima tempahan antara 200 hingga 300 unit. Sekarang sebanyak 400 hingga 500 unit telah ditempah.

 

"Kami juga dapati ada kenaikan tempahan daripada pelanggan menerusi sistem dalam talian.

 

"Kami mengenakan deposit sebanyak RM100 untuk model kereta yang laris di pasaran dan jika mereka batalkan tempahan, deposit akan dipulangkan semula. Agihan kereta tertakluk kepada ibu pejabat," katanya.

 

Sementara itu, eksekutif akaun, Ashraf Arif Nor Azlan, 27, berkata antara sebab beliau membeli kereta adalah insentif pengecualian SST.

 

"Pengecualian ini memudahkan dari segi deposit dan harga kereta. Disebabkan itu, bayaran bulanan bagi kereta saya menjadi lebih rendah.

 

"Saya mencadangkan kerajaan memanjangkan tempoh insentif ini supaya pembeli dapat melakukan penjimatan dan pengedar dapat menyumbangkan kembali kepada ekonomi negara," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…
Berita Domestik
  "Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90,…