Tempahan Ioniq 5 kini dibuka, yuran serendah RM1,000 sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Susulan iklan pembukaan tempahan oleh salah sebuah pengedar sebelum ini, Hyundai-Sime Darby Motor akhirnya mengumumkan ketibaan kereta elektrik Hyundai Ioniq 5 untuk pasaran Malaysia yang dijadualkan pada bulan Mac ini.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Tempahan untuk model EV tersebut kini sudah pun dibuka dengan yuran tempahan serendah RM1,000 sahaja.

Untuk pasaran Malaysia, Hyundai Ioniq 5 boleh didapati dalam dua pilihan kapasiti pek bateri, iaitu 58 kWh atau versi tertinggi 72.6 kWh, serta pilihan motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang atau motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

Tidak seperti Kona EV, Ioniq 5 dibangunkan menggunakan senibina khusus Electric-Global Modular Platform (E-GMP), disumbangkan dengan bahasa rekaan Parametric Dynamics, serta rekaan yang lebih aerodinamik.

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat tempahan Ioniq 5 menerusi laman web Cl!ck to Buy (https://www.hyundai.com.my/clicktobuy/).

Baca: Hyundai Ioniq 5
Baca: Hyundai Ioniq 5 milik Sultan Johor

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hyundai membangunkan kereta lumba ini untuk bersaing di dalam kelas eN1 yang baru diwujudkan di…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Pelancaran
Sistem e-Corner merupakan modul pakej semua-dalam-satu merangkumi brake by wire, steer by wire,…