Tempahan Hyundai Kona 2020 dibuka - harga jualan bermula dari RM115,000

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Sime-Darby Motors telah mengumumkan pelan untuk melancarkan model SUV baharu, Hyundai Kona pada suku keempat tahun ini (Q4 2020) dan membuka tempahan bagi mereka yang berminat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Hyundai, SUV Kona ini merupakan unit import sepenuhnya (CBU) dari kilang Ulsan, Korea sekaligus melengkapkan penawaran keluarga SUV Hyundai di Malaysia selepas model Tucson dan Santa Fe.

Antara ciri menarik yang dibawakan pada Hyundai Kona adalah penampilan unit lampu LED terpisah (unit lampu nyalaan siang (DRL) di bahagian atas dan lampu utama LED di bahagian bawah), penawaran warna yang menarik perhatian, elemen jahitan serta warna kontras di dalam ruang kabin,  skrin infotainmen 7 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, ciri paparan head-up dan slot pengecasan nirwayar untuk peranti pintar.

Tidak ketinggalan, ciri keselamatan Hyundai SmartSense yang merangkumi komponen seperti Amaran Pelanggaran Titik Buta, Amaran Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan, serta Bantuan Kekal Laluan.

 


Hyundai juga turut menyediakan satu laman tempahan khas yang menyebut harga jualan untuk Hyundai Kona bermula dari RM115,000 dengan yuran tempahan serendah RM288 sahaja.

Spesifikasi Hyundai Kona tidak diketahui setakat ini, namun berdasarkan apa yang diperlihatkan dua tahun lalu, ia merupakan unit yang dilengkapi dengan enjin 1.6 liter Gamma T-GDI yang menghasilkan 177 PS dan 265 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan.

Selain daripada itu, terdapat juga varian elektrik sepenuh masa Kona EV yang dipamerkan oleh pihak Hyundai Malaysia ketika acara KLIMS 2018 berlangsung.

 


Hyundai Kona pertama kali dilancarkan di Korea pada tahun 2017 dan semenjak daripada itu, Hyundai Motor Company telah berjaya menjual kira-kira 600,000 unit Kona di seluruh dunia sehingga Julai 2020, tidak termasuk varian HEV dan EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…